Posted on Thursday, March 26, 2009

Koleksi Lawak Sengal


Ubat gempa

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..

Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik! Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumiitu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa padatepat jam1130 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam duniapada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.

Jam sudah hampir 1130 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?

Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

Pakcik : ??



________________________________________________________________________

kisah 1
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

kisah 2
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin.

Shan : Kenapa menangis?

Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke?

Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telahterpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)

Amin : Eh, kenapa pulaawakmenangis?

Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...

kisah 3
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.

"Atok buat apa tu?".

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

kisah 4
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.

Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

________________________________________________________________________

English is Fun

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya...

Ayah : Buku dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Buk. (The book)
Ayah : Pen dlm bahasa Inggeris apa?
Anak : De Pen. (The pen)

Lantas ayah berfikir bahawa Bahasa Inggeris adalah senang.Setiap benda dlmBahasa Melayu bila deterjemahkan ke Bahasa Inggeris mesti ada 'De' dan setiap perkataan berikutnya mestilah dipendekkan.Keesokan harinya,si ayah bertemu dengan seorang rakan sebaya di kedai kopi.

Ayah : Aku dah boleh ckp omputihlah.
Rakan : Iye ke? Cuba engkau cakap 'kambing makan rumput' dlm bahasa Inggeris.
Ayah : Senang jer... ." Dekam demak derum ".
Rakan : #%$&!?

______________________________________________________

Menghina Mahkamah

Di sebuah mahkamah, satu kes sedang di dengar dengan menghadirkan seorang saksi utama
seorang ibu tua. Peguamcara mendapat giliran pertama untuk bertanya beberapa soalan kepada saksi.

Peguamcara : Ibu Fatima, Ibu kenal siapa saya?

Ibu Fatima : Ya, saya tahu benar siapa kamu, malah sejak kecil
. Kamu suka berbohong dan mengata di bekalang kawan-kawan kamu. Aku juga tahu kamu ada menyimpan perempuan simpanan di luar.. dan aku merasa amat kasihan dengan isterimu. Selain itu kamu suka bercakap besar, yang sama sekali tidak berasas dan benar...

Peguamcara tersebut terpegun
lain yang di tanya .. lain pula jawapan yang diterima..Untuk mengatasi kekejutannya, ia bertanya dengan selambanya,..

Peguamcara : Ibu Fatima pasti juga mengenali Tuan Hadi.., peguambelakan?

Ibu Fatima : Oh ya, tentu saja... Bahkan ibunya dulu sering meninggalkannya bersamaku waktu ia masih kecil. Tak jauh beza dengan kamu, Hadi juga mengecewakan... Ia pemalas, suka menggoda perempuan dan hidupnya seolah-olah tanpa tujuan..

Habis sahaja Ibu Fatima berbicara, hakim memanggil peguamcara dan peguambela untuk menghampirinya...
"Jika kamu berdua menanyakan kepadanya.. adakah ia kenal denganku.., kamu berdua akan aku masukkan ke dalam penjara kerana menghina pengadilan..," kata hakim.

____________________________________________________________

NAK DENGAR SATU CERITA MENGENAI SEORANG GURU DAN MURID-MURIDNYA.

pada suatu hari seorang cikgu masuk kelas:
murid-murid hari ini kita akan belajar mengenai bunyi binatang.

selepas itu cikgu meneruskan pegajaranya
maka cikgu itu bertanya kepada amy:
amy bunyiayam macam mana,
lalu amy jawap ''kok kok kok kok''


selepas itu cikgu bertanya kepada syafik,
syafik bagaimana bunyi KUCING,
lalu syafik menjawap
''MIOU MIOU''
cikgu berkata MANJANYA



DAN cikgu bertanya lagi,
suhaimi macam mana bunyi buaya,
lalu suhaimi terdiam,
kerana x tahu macam mana bunyinya.


lalu cikgu bertanya kepada semua muridnya bagaiman bunyi BUAYA

salah seorang muridnya menjawap:
saya tahu cikgu bunyi BUAYA macam mana?

ikhwan pun menjawap ''peewiiittt nak berkenalan boleh''

cikgu bertanya dari mana kamu dapat bunyi itu

ihwan pun menjawap ''BUAYA DARAT''

________________________________________________________________________

Calon menantu ikut pekerjaan

Ceritanya begini, suatu hati di Kampung Pandan, Kuala Lumpur,ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan...

CALON PERAMA:

Pekerjaan : Operator Telefon

"Ala Mak... nih tak syiioookkkk... .dia nih selalu cakap:

SILA TUNGGU SEBENTAR,TUNGGU SEBENTAR"

CALON KEDUA:

Ciri-ciri : Kulit sawa matang, mata bulat dan besar

Pekerjaan : Setiausaha

Lalu sianak lelaki berkata "Nih lagi tak syyiiiooookkkk... asyik-asyik

HARAP BERSABAR... BERSABAR"

Siibu pon gelisah kerana kebanyakkan calon yang ditunjukkan tidak memenuhi kriteria anak lelakinya... lalu dia pon menjemput calon terakhir...

CALON TERAKHIR:

Ciri-ciri : Kulit gelap-gelita,mata sepet sikit

Pekerjaan : Guru.

Tanpa segan silu dan memikir panjang lalu si anak lelaki ini bersetuju untuk memilih calon ini. Lalu si ibu pon pening kepala lalu bertanya kepada anak lelakinya mengapa dipilih calon ini.Lalu anaknya pun memberitahu... "Hah! mak nih la syyiookkk sikit... kalau cikgu best sikit..pasal diaselalu cakap

ULANG SEKALI LAGI, BUAT BANYAK-BANYAK, SALAH NIH,BUAT MACAM NIH 10 KALI LAGI, TERUSKAN..HAH..TERUSKAN DAH BETUL TUH... "

Tiba-tiba adik lelaki tersebut yang berumur 10 tahun menyampuk plak...

"Bang!!!... .Konduktor bas mini lagi bagus bang... . Diorang selalu cakap... .

"NAIK CEPAT, NAIK CEPAT... MASUK,MASUK... ..

MASUK LAGI, DALAM LAGI... DALAM LAGILAAAAHHHHHHHHHHHHHH,

MASUK BELAKANG... .BELAKANG LAGI,LAGI BELAKANG SANA


sumber: virtualfriend.net






Read More

One response to Koleksi Lawak Sengal

  1. AMALINI MUSTAPHA
    March 26, 2009 at 11:42 AM
    huahuahauhauahau....
    terima kasih kerana menceriakan hidup sy pada pagi ini..
    tergelak, tersengih sorang2 dpn pc nih hihihihi
    mmg sengal lah lawak2 ini...