Skip to main content

Hak Yang Lain

Menyayangi makhluk Allah lainnya adalah amanah. selain dijadikan mereka sebagai manfaat utk manusia, kita bertanggungjawab menjaga mereka sebaik mungkin, kerana itu adalah tanggungjawab yg Allah bagi, sesuai dgn gelaran manusia sbg makhluk berakal - khalifah di muka bumi.Dari Ibnu Umar diriwayatkan bahwa beliau berkata : ”Rasulullah SAW bersabda : ”Seorang anak perempuan masuk neraka karena mengikat seekor kucing. Lalu kucing itu tidak diberi makan dan tidak dilepaskan untuk mencari makanan sendiri”.

Dalam sebuah riwayat : ”Seorang perempuan disiksa karena seekor kucing yang ia kurung sampai mati. Dia mengurung kucing itu dan tidak memberinya makan dan minum. Dia tidak melepaskan kucing itu untuk mencari makan dan minum sendiri”

Manakala di dalam riwayat lainnya diceritakan bagaimana seorang pelacur telah dimasukkan ke dalam syurga kerana budinya memberi minum seekor anjing yang kehausan.

Dari Ibnu Umar diriwayatkan bahwa dia pernah bertemu pemuda-pemuda Quraisy yang menjadikan seekor burung atau ayam sebagai sasaran latihan memanah, dan mereka menjadikan anak panah yang tidak tepat pada sasarannya sebagai milik orang yang mempunyai burung tersebut. Ketika melihat Ibnu Umar, mereka lari. Lalu Ibnu Umar bertanya : ”Siapakah yang melakukan perbuatan ini? Allah melaknat orang yang melakukan perbuatan ini. Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknati setiap orang yang menjadikan binatang yang mempunyai ruh sebagai sasaran panahnya”.


Dari Abdullah bin Amr diriwayatkan bahwa Nabi bersabda : ”Siapa pun yang membunuh burung pipit dan binatang-binatang lain yang lebih besar tanpa haknya maka Allah akan menanyakannya pada hari kiamat. Ditanyakan pada beliau : ”Wahai Rasulullah, apakah hak hewan itu? Nabi menjawab : ”Haknya ialah kamu menyembelihnya kemudian kamu makan dan bukan kamu potong kepalanya kemudian kamu buang”.



Kerana itulah agaknya kenapa diharuskan menyembelih binatang dgn cara yg santun. Kerana segala makhluk yg ada, mempunyai hak utk dipelihara. hanya manusia yg selalu bersikap kejam dan lupa diri.

Bagaimana kita memperlakukan makhluk Allah lainnya?


Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…