Skip to main content

Rumah Zenia Kajang part 2

Salam uoll..

Berkat tak putus asa dan ad hoc punyer plan akhirnya ntah aper ker baik nasib hari ni dpt plak masuk kwsn umah zenia nie. Maka jadilah entri kedua. Kui3.

Walaupun kemudian mandor datang kater x blh masuk n mintak saya kuar. Konon2 buat muka innocent n cabut kuar. Takper..nasib baik masa beberapa minit tu tlh dapat ku snap gambar progres terbaru umah ku.

Kata2 tidak bermakna..meh layan gambar umah iyer..."clap2!" harap gambar2 ni memberi kelegaan n inspirasi kpd pemilik pemilik umah zenia yg lain..nie ler perkhabaran latest umah kiter.

Ntah biler blh masuk lg. Rasanyer muka n kete ni dh diblack list kot. Huhuhu..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Comments

Anonymous said…
cantik rumah ni... berapa harga beli...jangka siap bila...
Cengkih78 said…
beli dalam RM380K+..siap oktober 2013. tapi rasanya lebih awal kot..kalu ikut progres yang dilihat lah, maybe siap lebih awal dari oct. mcm my friend jangka siap july 2013 now dah 90% siap.

;-)
shahharriey said…
Sy pun antara pembeli rumah ni..brsyukur jgk dpt beli dgn harga yg mampu milik & lokasi yg dekat dgn area pesat mbangun di kajang & bangi..
Anonymous said…
hopefully dapat siap awal.. cengkih78 tq for the info.. saya pun dah banyak kali cuba untuk masuk tapi di halang oleh bangla guard yang menjaga.. tp boleh cuba masuk melalui tepi flat..ada hoarding yang terbuka dan boleh masuk..
Cengkih78 said…
actually saya pernah jugak gi dari tepi flat tu tapi takut ler pulak nak menyelinap masuk..hihi..boleh ajer tu, coz ader zink tutup yang terbukak and senang jer masuk
Anonymous said…
Aritu husband dgn muke slamber dok borak2 ngan pak guard..usha punye usha pak guard bg masuk..hihihi coz aritu xde org yg keje... Die takot bos marah... So far puas hati tgk progress umah...
Cengkih78 said…
anonymous: okay tuh..saya agak busy minggu2 ni so tak sempat gi jenguk, kalu tak rajin jugak saya ke situ lalu n tgk dari jauh mcm ne progres.
mahar said…
Akum wbt....waaaahhh dah nak siap...selamat berjiran nanti Insya Allah...saya amik depan padang...
Anonymous said…
Salam admin..boleh bagi email awak tak..saya nak bagi gambar yg saya ambil .tq

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…