Skip to main content

Terkenang semasa dulu...


tak rasa sejuk sgt coz baju tebal semua, tapi bhgn urat dan anggota tak cover tu mmg lah kebas kalu terdedah ngan angin and salji

nie kenangan di Mt Buller, ms musim sejuk. kami pergi pakat2 ramai2. 3 dah habis phd, 2 msh struggle, 1 dah habis master.

musim bunga nak tiba, pokok2 yg dulunya hanya batang saja mula mengeluarkan bunga2

 

  
 nie tgh tunggu bas nak ke campus pagi2, nampak rainbow terus ambik. kdg2 tgk gambar nie rasa sayu jer,  sy sorang tunggu bus, rasa jauhnya di dalam ati. jauh dari semua org.



Tetiba hari nie, "terkenang-kenang semasa dulu". first sampai thn 2007, terasa cepatnya ms berlalu ya. tahu-tahu dah 2010. dlu sampai terasa lamanya nak jalani kehidupan di tempat orang 3 thn setengah nie. rasa mcm aduuuhhhh..mengeluh panjang. tapi sikit demi sikit, hari jadi minggu, minggu jadi bulan, bulan jadi tahun, tup2 dah semakin ke penghujungnya kembara di bumi Melbourne nie. tapi, itu dulu, first year, sblm confirmation, mmg kami rajin outing, but not now, 8 bulan2 terakhir ini terlalu berharga tuk berjalan2. percaya atau tidak, sejak balik msia bulan 12 hari tu tak pernah lagi menjenguk city/bandar. kehidupan sy utk 8 bulan ini adalah rumah, ofis, campus, pasar. itu saja. sedang ayah sahabat baik sy yg dtg blh jalan cover melbourne 2 minggu, saya?? melbourne sini corner-corner tempat sama jugak sy pergi. ahaha. ntahlah, malas nak berjalan or takde masa nak berjalan dah, agaknya dua2. skrg nie, to be honest, nak pi jalan2 sy rasa gundah gulana mengenangkan keje yg kena diselesaikan. gambar2 diatas nie byk diambil ms awal2 sampai dulu, ada byk lagi tapi tak upload. sekadar mengenangkan..thn dpn akan tinggal memori ajer..lain pulak 'drama' kehidupan, bermula pulak 'buku baru' tempat baru..itulah kehidupan.

Comments

maiyah said…
indahnya.. camne ye rasanya dok tmpat org hehe jakun kit.. biasalah, terperap je kat umah bila tgk rasa sronok gitu
Cengkih78 said…
rasa mcm ner? hmm, ada seronok ada tidak, mcm duk kat msia jgk. tapi yg bezanya pastinya org, bhasa, culture, dan pelbagai lagi. yg nielah kena pandai2 adjust..yg mengingatkan kita - nie bukan tanah air sendiri

betul tu kak, kebusyan menyebabkan sy lupakan keinginan tuk dudk2 di taman2, tgk keindahan melbourne, jalan2 tangkap gambar, terpaksalah ditahan dulu smentara waktu. ada yg lebih penting perlu diusaikan.
wa..cantiknye pemandangan kt sana..mesti best main salji kan..? :)

teringin nk gi negara org..tp xtau bila..doakn shi dpt capai impian shi ek.. :)

ape pn, chaiyok2 utk study akak k.. :)

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…