Skip to main content

Sekilas ikan di air..

Semalam, sy aktifkan satu lagi sim card phone yg baru sbb jauh lebih murah dari rate plan yg sy pakai skrg nie (as i mentioned earlier in previous entry). dalam menunggu2 sistem diaktifkan, borak2 lah sekejap dgn operator (lelaki india - knew from his accent). ckp2 punya ckp, dia tanya - sy study aper, sy ckplah bidang sy skrg nie ambik psychology. bila dgr jer perkataan psikologi - terus dia kata - i feel intimidated. can you read my mind? ohhh. ahahaha. inilah typical response bila sy kata sy ambik psychology. bukan sekali dua, byk kali - mesti org ingat sy boleh baca fikiran orang lain straight away! lantas sy menjawab balik - i'm not a psychic. kdg2 sy terasa spt sy harus menjelaskan panjang lebar setiap kali - utk menafikan bahawa sy boleh membaca fikiran orang hanya krn sy ambik psikologi. tapi sy tak salahkan mrk 100%. kdg2 myths itu lebih dominant dari the real facts sbb - tidak begitu didedahkan (barangkali) dgn bidang psikologi, jadi mudah utk mereka mengaitkan psikologi = psikik power (but i wish i could read people's mind - it solves many problems!). psikologi itu sendiri bidang yg luas, dan kepakaran ada mcm2. 

tapi tak dinafikan, sbb psikologi itu sendiri definisinya adalah mengkaji tingkah laku manusia; yg terlatih dlm bidang ini mempunyai lebih keupayaan utk mengenal pasti mslh (ikut pula bidang kajian dia aper). contohnya ada yg ambik psikologi dlm bidang kajian jenayah dan pesalah jenayah - than that person can know well (if not very well) tentang penjenayah dan modus2 operandi mrk. pendek citer - dia lebih aware and lebih pick up dari lay person yg takde similar understanding or knowledge. kira, sekilas ikan di air, ku tahu jantan betina. 

tapi to say that psychologist can read people mind mcm psychic - BIG NO. 

mcm sy - bidang kajian sy ialah keganasan seksual, terutama berkaitan jenayah seksual kanak2. jadi kefahaman sy adalah lebih sbb sy menghabiskan byk ms utk mengkaji hal ini. jadi, sbg contoh - bila kanak2 yg laporkan dirinya dirogol/dicabul/diliwat, lepas tu tarik balik dakwaan dia, lay person yg kurang pendedahan mudah sajer akan ckp kanak2 ini berbohong. sekejap ye sekejap tak, jadi apa dia kata itu tak reliable or blh diterima pakai. tapi pd yg terlibat dalam kes2 ini dah lama or ada background ttg hal ini akan mengetahui bhw sesungguhnya - bila kanak2 tarik balik tak semestinya ia tak berlaku (dlm kebanyakan kes ia benar berlaku). tapi ketakutan akan apa yg berlaku (keluarga jadi berpecah belah, ayah msk penjara, keluarga yg lain marah/sedih) sudah cukup menjadikan kanak2 menarik balik tuduhan mrk. sbb kanak2 terlalu lemah utk menempuh akibat dari apa mrk dedahkan. 

so, i am not a psychic, i dont even have a crystal ball, so dont ask me about ur future or your hiding mind coz i cannot read it. even my own future pun i cannot predict. most of the time - sy pun blurr orgnyer.

Comments

maiyah said…
mungkin ada kelebihan x jeng jeng jeng

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…