Posted on Monday, February 15, 2010

Valentine Day: Pura-pura pengsan daa..

Tergelak sy tgk operasi banteras maksiat 'Valentine Day' di buletin utama pagi nie. Spt biasa, hotel2 murahan dan jugak mahal akan menjadi tumpuan pasangan utk ehem-ehem. Tak tahannya, bila berita siarkan satu psgn di pantai timur yg pura2 pengsan bila bilik mrk di ketuk. lelaki tu pura2 pengsan, yg pompuan dia sorokkan bwh katil. Aduh..kalu kawin kan senang citer. Takdelah buat aksi memalukan diri sendiri. Macam2 taktik ada. Lawak pun ya, yang bawak kematian pun ada jugak (kalu ada sesiapa msh ingat pompuan terjun bangunan utk elak ditangkap dan meninggal kemudiannya). 

Dihighlightkan - paling byk ditangkap - remaja (sudah pastinya msh ramai bersekolah) dan juga pelajar IPT. Teringat kata2 seorang pegawai polis ms sy buat research dulu - cuti sekolah and valentine day adalah 'musim mengawan'. Tunggulah nanti, ada byk bayi kena buang. Nie pun dah hari2 dgr citer buang bayi sampai Sharizat arahkan JKM bersedia 24 jam dan jaminan tuk dilepaskan dari tindakan pihak berkuasa jika mrk menyerahkan bayi ini daripada dibuang begitu saja. sampai mcm tu sekali? sampai terpaksa kena pujuk dan dirayu mintak jgn buang bayi. apakah? Jenguklah pusat jagaan kanak2 JKM kalu tak percaya, tanya sendiri dan lihatlah, disitu anda nampak 'tenatnya' sosial kita. kesedapan sebentar cuma, tapi penderitaan sepanjang hayat, berbaloikah semua itu? sama2 beringat.

 
(sekadar gambar hiasan)
orang yg sama menangkap dan ditangkap khalwat, mcm ner tu?
Read More

3 Responses to Valentine Day: Pura-pura pengsan daa..

  1. :: Husniyyah Alhusna ::
    February 15, 2010 at 4:17 PM
    ade tgk brita ni smalam kak...lawaksss!!! ngehhh
  2. maiyah
    February 16, 2010 at 2:46 AM
    mmg klako tul.. wat malu makpak je yek
  3. sam
    February 18, 2010 at 2:00 PM
    ini kegilaan serakah...ikutkn bicara hati...bukan tidak kenal garis-garis dosa, tetapi laut yg membara disalah ertikan...bukan lg diingat akan kematian lagi dicari khilaf diri...apa yg dilenterkan hanya terdengar pada telinga yg dibius...haram "mereka" nak jenguk "kubur" keaiban dunia...harap sst akan berubah...masalah sosial jgn dilipatgandakan..penat lah pekerja sosial yg masih tak cukup kat tanah air...hehehe