Monday, February 1, 2010

Batu-batu ujian hidup

Satu perkara yg saya suka ttg blog ialah peluang untuk 'menjenguk' kehidupan orang lain. Saya membaca fikiran, kecamuk perasaan, dilema, perasaan, kesedihan, kegembiraan, semuanya saling bersilih ganti di dalam blog peribadi kawan2. Ikhlas, ada yang buat sy gelak memanjang kerana cerita lucunya, ada jugak yg buat sy termenung panjang memikirkan hidup, ada jugak yang buat saya mengalirkan airmata. Oleh kerana kawan2 blog ini berbeza usia, tempat, status, kerja dll, maka pelbagai isu sy pelajari pd ms yg sama. Kdg2 sy menyelami dunia seorang cikgu, dunia seorang ibu, dunia seorang OKU, dunia seorang pengembara, dunia seorang pelajar.  cerita polos kawan2 buat saya mampu menyelaminya, sptnya 'memakai atau meminjam pakaian kehidupan mereka' buat sebentar. Macam-macam ada!

Bila sy relate balik dgn kehidupan ini, ya, setiap kita diuji dgn ujian yg berbeza2. setiap kita menempuh kehidupan dan cubaan yang pelbagai, sesuai dgn takdir dan ketentuan Allah. Setiap kita, ada batu-batu ujian hidup yang sendiri2. Bagi yang tak cukup mengenali kita, orang nampak luaran saja, orang akan membuat justifikasi berdasarkan apa yg dilihat, tapi menyelami kehidupan orang lain buat sy sedar bahwa setiap perjalanan hidup ini tidak sempurna. dimana ada kehidupan, disitu ada ujian, cabaran dan dugaan. jgn fikir jiran sebelah yg pakai kete besar, rumah besar, bini besar, syarikat besar dan segala2nya besar sudah cukup ideal hidupnya, 0 issue! no it's not. kedewasaan ini menyedarkan saya bahwa setiap kita punya isu utk diselesaikan. yang penting hati, redha menerima dan redha memberi. redha pada setiap ketentuan yg allah berikan utk kita dan menjalaninya dgn sabar dan usaha. segalanya bermula di hati, bila hati aman dgn tuhan, apa pun terjadi, kita mudah - let it go.

telah dinyatakan oleh Pencipta, kehidupan manusia di dunia ini tidak akan dipermudahkan. inilah medan ujian, medan percubaan. selayaknya, sbg seorang yg 'teruji' ini, kita harus membekalkan diri dgn sifat seorang pewira, pejuang sejati. selagi terdaya, melawanlah dgn kekuatan zahir dan batin. capailah kejayaan bila berpeluang, gapailah impian bila diberi kesempatan oleh yang Esa, tapi jgn sesekali mengeluh dan berputus asa atas setiap kesulitan.

Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.

kawan2, ur story of life, is part of my life...kejujuran anda menulis ttg hidup adalah pelajaran kehidupan utk saya.

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...