Friday, February 5, 2010

Kena balik cepat???

Pelajar tajaan kerajaan tidak dibenar tangguh kepulangan

KUALA LUMPUR: Pelajar tajaan kerajaan di luar negara tidak lagi dibenarkan menangguhkan kepulangan ke tanah air untuk menunggu pasangan masing-masing tamat pengajian. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awama (KPPA), Tan Sri Ismail Adam, dalam satu pekeliling hari ini, menyatakan kelonggaran yang diberikan menerusi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 sebelum ini sudah dibatalkan. "Kerajaan berpandangan bahawa dengan mengambil kira bidang tertentu yang amat diperlukan negara, pelajar dalam bidang tersebut perlu kembali ke tanah air untuk menyumbang khidmat bakti mereka kepada masyarakat dan negara bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada rakyat tidak terjejas. "Pelbagai pihak tidak bersetuju dengan dasar penangguhan balik sedia ada yang memberi kebenaran kepada pelajar tajaan Kerajaan untuk menangguhkan kepulangan mereka selepas tamat pengajian. "Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, dasar penangguhan balik pelajar tajaan Kerajaan di luar negara seperti di Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2007 adalah dibatalkan," katanya. - Bharian
 
nota: tak tahu pulak, nie pun terbaca kat blog orang terus di copy paste. aiseh. ada kebaikan jugak tu. kita ada ramai pakar tapi lepas duduk overseas tak nak balik sedang kerajaan kekeringan kepakaran di tanah air. adapun tajaan tu sbnrnya satu pelaburan kerajaan buat utk jangka ms panjang, bagi menambah bilangan cerdik pandai di Msia, tapi kalu dah disponsor pastu tak nak balik, kira mcm pelaburan yg tak berbaloilah. dah lah nak tunggu jadi 'pakar' tu punyerlah lama. perabih duit rakyat pun dah banyak, aleh2..cabut? so saper yg rasa dirinya di'taja' tu renung2kanlah. (termasuk saya)

sugar daddy - kerajaan malaysia


2 comments:

ozmedstud said...

budak MARA pon termasuk sekali ke???

Cengkih78 said...

maybe..kot. tak ckp pun tajaan mana2, asal ditaja..agaknya kot. marilah kita pakat pi balik msia pas nie

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...