Monday, February 1, 2010

Sehelai kain putih dan amal

 (18) Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). 
(19) Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. 
(20) Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut. 
(21) Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang. 
(22) Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya.
(23) Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum. 
(24) Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta). 
(25) Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya). 
(26) Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya. 
(27) Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya. (28) Dan mereka yang menjaga kehormatannya. 
(29) Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. 
(30) Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. 
(31) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. 
(32) Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi). 
(33) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya. 
(34) Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan. 

 Quran Nur Karim: Surah Al- Marij 18-34

Apakah yang dikejar dalam hidup ini? Wang dan material menyenangkan kehidupan dunia, tapi tetap tak menjamin kebahagiaan akhirat. Berpada-pada dalam mencari kesenangan hidup jangan sehingga melalaikan kita pada suatu perjalanan yg lebih kekal sifatnya. Jangan terlalu asyik pada kesenangan dunia sehingga amal jariah buat bekalan bertemu Allah kekeringan. Apabila mati, yang tinggal dari diri kita adalah amal ibadah selain doa dan ilmu. Bersedekahlah semampumu, tebarkan kebaikan sebaik mungkin, jagalah kehormatan serta pergaulan, dan sembahyanglah kerana ia mencegah kejahatan. Jika belum sempurna semua ini, jangan mengharapkan hisab yg mudah. Muhasabah diriku. 

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...