Skip to main content

Menghadapi Fitnah



Personal Notes: Pagi nie terbaca berita utama Utusan Malaysia berkaitan press conference yg dibuat Razak Baginda semalam. I lost track of time a bit, busy ada guest kat umah and urusan peribadi. But as i read the front news paper ttg Razak Baginda and his statements as well as released statement yg dia beri kpd wartawan, terus teringat petikan-petikan surah yg pernah dibaca and terdetik nak mskkan dlm blog. As peringatan peribadi juga buat panduan kita bersama. Antara tanda akhir zaman adalah byknya fitnah bermaharajalela sehingga manusia dah tak blh bezakan apa yg benar apa yg salah, sbb yg salah kelihatan begitu benar sedang kebenaran itu mengambil ms begitu lama utk terungkai. dlm sesetengah keadaan, bila dah terlewat. tapi firman Allah dlm quran al-taghabuun ayat 11 (kalau tak silap) bahwa tiada berlaku musibah tanpa pengetahuanNya dan Allah beri petunjuk kpd orang-orang beriman. Kdg2 berita yg sampai, adalah secondary news/information, meaning that kita bukan the first person yg menjadi saksi kepada suatu kejadian tu. justeru ada kebarangkalian cerita itu blh ditokok tambah sehingga lari dari yg sebenar. Dan dlm hal nie jgk (my personal belief); bukanlah manusia tempatnya kita bergantung harap melainkan Allah yg tahu kebenaran. Insya Allah, hati yg selalu tawakal pd Allah akan diberi pentunjuk sesudahnya. Tempat akhirnya pd Allah juga. Kita blh berdusta sesama kita manusia tapi tiada yg luput dari pengetahuanNya. Ada satu lagi petikan surah, tak ingat, tapi ada mengatakan bahwa sebaik2 keadaan utk menghadapi berita yg kita tak tau ujung pangkal ialah berdiam diri. Allah dah bagi panduan lama dah bagaimana caranya kita menghadapi fitnah akhir zaman. Sama2lah kita berpesan-pesan pada kebaikan. My 2 cent opinion...
__________________________________________________________________


"Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu."

"Dan ketahuilah olehmu bahawa dikalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauan kamu dlm bbrp urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus."

"Hai orang-orang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain kerana boleh jadi mereka yg diolok-olokkan itu lebih baik dari mereka yang mengolok-olokkan dan jangan pula wanita-wanita mengolok-olokkan wanita lain kerana blh jadi wanita-wanita yg diperolok-olokkan itu lebih baik dari wanita yg mengolok-olokkan dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yg buruk. seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yg tidak bertaubat, maka mereka itu adalah orang-orang yg zalim."

"Hai orang-orang yg beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian orang lain. sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yg sudah mati? maka tentukanlah kamu berasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat dan Maha Penyayang."

Surah Al-Hujuraat (Kamar-kamar) ayat 6, 7, 11 & 12.



"Pembohongan sudah setengah pusingan mengelilingi dunia sebelum kebenaran sempat menyarung kasutnya." - Shakespeare

Comments

ZANAFAHMI said…
salam, hanya dia dan Allah saje yg tau apa yg berlaku.
tapi kalau tiada angin masa kan pokok bergoyang, ntah la cengkih.
kalau ramai sahabat, bnyk brgaul, mcm2 hal kena tempuhi, ini namanya hidup..........
tasha said…
salam lina..

okey laaa....tuuuuuuu!!!!hihi

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…