Skip to main content

Hujan Emas Negeri Orang

Merancangnya cukup lama, ada saja halangan. Kadang2 Chong free I tak free, kdg2 I dah free Chong pulak ada hal. Akhirnya, setelah tertunda, bbrp kali (dan bbrp bulan), dapat jugak kami set kan tarikh tuk berjumpa Sarah di Preston.

Ptg sblmnya Chong called "Iena, u bertolak dari Footscray pukul brp?"
'Pukul 9 lebih?'
"Haiya too early..'
Setelah tambah tolak bahagi darab, kami setuju utk bertemu di Flinders Station, Platform 1 dan ambik train ke Epping tepat 10.28 pg (setelah melihat online jadual waktu). I pun check train dari Footscray ke Flinders, okay, ader pukul 10.00 pagi ke Flinders. Maksudnya sempatlah 'tan gkap' train 10.28 pagi. Tram dari umah..hmmm, check, okay, blh ambik yg pukul 9.28 pagi, so budget sampai footscray dlm kul 10 atau lebih awal..so sempat.

Pentingnya merancang perjalanan. Nasib baiklah ada online schedules and time public transport pulak tepat, jadi mudahlah nak merancang perjalanan. Hehehe, akhirnya, tetap dgn plan asal kena keluar rumah jam 9 lebih. Aiya Chong, terpaksalah bangun awal..hehe.

Pagi2 bangun dah hujan lebat, suhu turun cepat, terasa sejuk ke tulang hitam. What a day, baik punyer plan. Byk2 hari, hari nie nak pergi, hari di saat forecast kata ada thunderstorm dan ujan lebat. Patut duduk rumah, msk dlm selimut, pasang heater dan relaks jer kat rumah. Tapi, bila lagi?? Hmm..proceed ajerlah. Dah takdir ke Preston time macam nie. Keluar jer dari rumah, ujan dah start turun. Sejuk betul rasanya, walaupun pakai kot tebal. Mulut pun dah keluar asap. Aper punyer summer-lah. Patut panas, nie aper hal pulak sejuk mcm winter. Melbourne-melbourne, memang sukar diramalkan.

Teruskan perjalanan, tram station kat depan. Tangkap jerlah gambar, semata2 nak mskkan dlm blog. Hari ini di Melbourne..Nie dpn rumah, about 5 minutes walking distance. Mmg dekat, Highpoint Shopping Mall, jalan jer terus ke depan, tambah 5 minit lagi sampailah...tak payah naik bus.
Sampai jer kat tram station, ada 2 budak Cina, tgh tunggu tram. Inilah tramnyer, tram no 82 Moone Ponds ke Footscray. Tgk jam kat tgn, patut kejap lagi tram akan sampai, almost 9.28 am. Okay, on time sampai. Sejuk bukan main, kasut pun dah lembap..abislah kesejukan hari nie..
Sampai jer di Flinderst Station, hujan pun turun selebat2nya. Jarang hujan lebat kat Melbourne nie. Sekali turun, berdenting2 bunyi, pelik jugak mula2. Naper bunyi bising sgt, Flinderst Station nie pakai zink ker?? Oh, bila tgk bbrp mat saleh tangkap gambar kat luar baru terperasan, HUJAN BATU. Okay, tangkaplah jugak, walaupun batu tu tak nampak kat sini...Chong tak nampak lagi kelibatnya. Ms dlm tram agaknya. Okay, keluar rumah tadi tak sempat nak breakfast, kejar tram punyer pasal. Belilah hot chocolate and 2 keping donat sambil menunggu amoi Chong nie. Last2 train ke Epping sampai, Chong pulak msh tak nampak, so masuklah dulu. Rupernya Chong msh dlm tram. So plan tunggu dia di Preston station ajer.

Tunggu pun rasa seksa. Sejuk!! Tgh tunggu tu sekali lagi ujan lebat turun. Sekali lagi disimbahi dgn hujan batu. Dlm menunggu tu, sempatlah ambik gambar ujan tu..maybe tak clear sgt, maklum camera hp. tapi kalu tgk betul2 byk bintik2 putih..itulah dia ujan batu. sempatlah jugak tadah tangan. bulat-bulat dan kecil-kecil jer. teringat terus dgn kata pepatah 'hujan emas dinegeri org hujan batu dinegeri sendiri..' hmmm, sape kata ujan emas? gambar nie sah2 tunjukkan hujan batu..
Shopping time kat market Preston. Jumpa Sara dan hubbynyer di sini. Sempatlah kami plan nak msk aper. Lepas jer shopping kat market, kami terus ke rumah Sara. Kenyang perut mkn and borak2. Lama tak jumpa, mcm2 bincang. But mostly about our own study progress and pasal Sara pregnancy. Terkebil2 jugalah biji mata dgr pengalaman dia buat medical check up and segala macam proses dia to be a mum. Chong tgk I..'Iena, kita bila lagi?'

Balik dari umah Sara jam 4 petang. Chong ikut I balik Footscray nak pergi ke Little Saigon, Asian Market, yg dah jadi mcm landmark for Footscray nie. Mcm2 Chong beli, sampai tak muat tgnnyer. Keluar jer dari market dia kata 'Iena, I tamak, semua I nak beli. Murahlahhh...'. Haha, Chong, tau takper. Berpisah dgn dia di tram station. Berjanji utk bertemu lagi. Kali nie di rumah dia pulak. "u must come." "Okay I will".

Okaylah, hujan pun msh lebat, ntah malam nie akan berpanjangan sampai esoknya. Nak buat bubur durian sambil relaxkan kaki yg dah berlari kesana kemari mengejar public transport.

Comments

ZANAFAHMI said…
kat malaysia ni susah nk tgk ujan batu, akak tgk masa umur 11 thn kot.
hujan emas negeri org, neg sendiri hujan batu permata. ini seme kenangan manis yg akan dibawa pulang nnti, tu pun kalau balik la...
Alice said…
Damainya hidup di rantau orang. Sempat tengok lagi hujan batu di negeri orang. Sejuk2 ni yang sedap makan donut tu...hehehe..Mesti meleleh air liur Anna lapar giler kalau dia terdengar tu....

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…