Posted on Tuesday, November 18, 2008

Anna and Good Old Days


"My First Post in BM (Khas buat Alice and Salina)"

Hai.......... setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya 'holiday' panjang pun menjelma.... happy bukan kepalang aku dibuatnya. dari minggu lepas, minda dan otak ku dipenuhi malahan meliampah-limpah dengan segala plan dan idea untuk mengisi masa lapang cuti panjang ku.

Tetapi.... hanya dua plan yang berjaya dilaksana sampai sekarang iaitu plan untuk...... TIDO mati sampai mencecah jam 12 tengah hari dan plan tegok drama Cina yang berepisod-episod panjangnya tapi sekarang aku dah naik boring dengan drama itu... tak pa esok aku nak tengok citer hantu "Mat Salleh' pula... tukar taste la katakan......

Nie, mesti ada yang hairan apasal la Si Doralin ni.... suddenly nak blog dalam BM....mengada-ngada betul!!!!

Yala, aku baru je jumpa balik (Jumpa kat internet la bukan kat tengah jalan la) kawan baik lama aku kat UM dulu, Si Salina.... Yala dulu aku, dia dan twin aku Si Alice selalu ke hulu ke hilir bertiga..... kadang-kadang Si CT ada juga tapi.... tah mana Si CT itu sekarang....... kami ke kuliah bersama, duduk kat depan bersama, makan kat Pekan Siswah bersama, ke Library bersama..... seronoknya!!!!!

Si Salina ni suka warna hitam, so dia selalu bertudung hitam jadi aku pun start bagi dia gelaran 'Wanita bertudung Hitam'. Selalu je dengan tudung hitam dan senyuman ayu lagi manisnya.... 3 tahun kat UM boleh katakan setiap hari dia bertudung hitam hinggala satu hari pada tahun ketiga...... tiba-tiba dia muncul di bilik kuliah dengan tudung pink!!!!!! Terkejut aku dan Alice dibuatnya..... Kami terus mengejeknya dan dia pula senyum-senyum simpul, ala malu-malu kucing la tu.... ala bukan kami je yang perasan yang coursemate yang lain juga perasan la. Memang aku tak akan lupa peristiwa itu sampai bila-bila..... Tetapi malangnya, after that incident... dia kembali dengan style lamanya memakai tudung hitam......

Sekarang kat Australia pun bertudung hitam lagi ke, bakal Dr. Salina? atau dah tukar fesyen bertudung purple ke, biru ke.... cun juga tu tambah dengan senyuman ayu lagi menawan Dr. Salina, tentu ramai jejaka tampan yang akan masuk meminang. Hahahahaha!

Si Twin Alice aku pula, dah nak kahwin bulan disember ni..... Wah! Tak sangka ye twin aku dah nak berumahtangga. Uwaahhh! terharunya, tersangat sedih plus gembira ( Congrats twin). Twin aku ni wajah baby facenya tak ubah-ubah sejak 1998.

Aku masih ingat lagi, diala yang selalu suka pergi menolong dan mengacau senior-senior cacat penglihatan aku di UM. Cakap je nama Boon Kiaw tentu Dr. Wong, Chuah, Lai Seng, Joseph, Zamri, Mat Nor, Zamzuri, Arshad, Masitah dan lain-lian akan ketawa terbahak-bahak mengenangkan telatah lucu dan garang 'olok-olok' Si twin aku. Dia boleh dikatakan ramah dengan mereka sehinggakan riuh rendah bilik karel di Perpustakaan UM kalau ada Alice nie.

Hmmm....... well those are the good old days....

___________________________________________________________________

My comment: Classy. Msh ingat lagi kaler 'Pink"? I pun dah lupa. Tapi ya, ingat lagi sorang tutor tu (from UKM, tudung labuh, forgot her name) tanya dlm kelas (kalu u guys still remember), 'Awk mmg suka kaler hitam ker'. And time attachment paper pembangunan manusia prof. fatimah kat terengganu, pengetua IKM tu panggil i 'Ninja Girl' sbb selalu dlm kaler hitam. I know, kalu pakai kaler lain jer org mesti pelik, tu yg akhirnya kembali 'hitam'. Anyway hitam tu kan menawan :)

Anna, for ur information, i still keep in touch dgn CT, she's doing well, living in Bandar Seri Putra. I had visited her a few times this year ms i ada kat Msia. She's happy and busy with her 2 puteri and 1 putera. I akan inform dia pasal u. Read More

2 Responses to Anna and Good Old Days

  1. Alice
    November 18, 2008 at 6:15 PM
    Oh...salina copy dalam blog sendiri ya? I thought I silap masuk blog anna pulak...hahaha
  2. Alice
    November 19, 2008 at 1:31 PM
    sorry selene sebab kutuk u lagi...
    I baru teringat, sebab dah minah confuse ni. Dalam kelab kabut nak siapkan final tesis dulu, Si selene buat cover tesis ni jadi warna maroon. Hahaha. Degree kan guna cover tesis hijau, masters baru maroon. ai..minah confuse.