Skip to main content

Australia Day


Hari nie public holiday sempena Australia Day. Takder pulak dgr ada parade ke kat city, and kalu pun ada, kaki ini terlalu malas utk keluar rumah dan berjalan2. biasa cuti sy suka lepak2 king di rumah.

ok self reflection, sy buat aper seharian nie:
laundry day - basuh pakaian, tukar throw, jemur baju.

baca online news - ohh, tak habis lagi kes linda ong dan fahring tu? oh, its getting interesting..media conference etc. wow..wow..berhentilah sebelum melarat. org lain pun bercinta jugak, putus jugak. tak perlu havoc, its over, move on. but again, tulah susah jadi org fofular. so thank god, kita nie org biasa2. kalu tak, mungkin mengalami insiden yg sama. kdg2 bukan salah depa pun tapi sbb dah popular, aper2 citer pun org nak tau dan msk dlm news. ur rahsia is not rahsia, milik msykt katakan.so citer dlm kain pun org semua nak tau. dunia-dunia.

menarik jugak - mamat aduka dah kena cekup. ahaha..tulah, berhati2 dlm setiap penulisan dan ucapan. ckp biar berhemah, bak kata salah sorang pengomen - tulislah pakai otak, bukan selipar jepun. mmg kebebasan bersuara dan berkarya itu perlu, tapi jgn pulak jadikan itu alasan utk #@$%^&! orang lain. aper makna?

tgk blog - mencari blog2 lain yg menarik tuk dilink..oh i ada msk obefiend dan wartawan syahril kadir dlm blog nie. obefiend nie suka bc blog dia. tapi dia smakin terkenal gara2 dia pergi tipu RPK tak lama dulu pasal itu video polis dera tahanan. saper yg tahap dewa sokong RPK memang kena betul dek penipuan obefiend nie. kira epiklah..tipu RPK tuu. ahaha. moral of the story - jgn percaya bulat2 MT, sy sejak tu anggap MT lebih byk buat spekulasi dan menganggu ketenteraman negara dgn menyebarkan cerita tak betul dari yg betul. so sy boikot tak tgk lagi. syahril kadir pun okay jgak, wartawan biasalah, byk berkisar kehidupan wartawan dia. syok jugak dgr pengalaman dia ikut buat serbuan, pengalaman buat liputan kes2 berprofile tinggi.



tgk tv - sekejap jer, tak sampai 10 minit, skrg nie Australian Open, tak sbr nak tunggu final, semalam Federer kalahkan Hewit straight set dlm semi quarter. Federer, Nadal, Novak & Tsonga..mmmg syiok tgk diaorg main. ntahler tiba2 kat sini jadi minat tenis...walhal raket tenis pun tak pernah pegang, tennis court blkg umah tu jadi sasaran lense kamera jer, tak lebih dari itu.

dah bosan nie..nak sambung baca buku citer - nak habiskan membaca "God's Call Girl", tebal, hari tu bc separuh jer. tapi sbb lama dah tinggalkan, kena ulang balik, dah lupa jalan citer..

writing thesis? - aha..smlm baru dpt edited version my chapter 2, patut dikerjakan, tapi sbb otak hari nie kata RELAX maka merapu2 jadinya. petang karang insya allah. itupun kalu takder tennis player yg best main. heheh. kalu tak delay..kih-kih..ngelat sungguh.

terima kasih kerana membaca thread ntah aper2 ntah nieh.

Comments

maiyah said…
kisah aduka jadi top betul kan
Cengkih78 said…
aha betul tu kak, tapi iyelah kan, sbb pulut santan binasa, sbb mulut badan binasa. menulis dan menghentam pun perlu etika. kalu peraturan kecil niepun tak diendahkan maka susahlah

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…