Skip to main content

Raja dan Empat Isterinya


Pada satu masa dulu...ada seorang raja yg sangat kaya dan mempunyai 4 isteri. baginda paling sayangkan isteri ke4 dan dia selalu mendapat layanan terbaik dan diberikan barang yang indah-indah belaka. dia juga sayangkan isteri ke3 dan selalu menunjuk-nunjuk isteri ke3 kpd raja2 yg lain utk bermegah-megah. tapi baginda selalu khuatir isteri ke3 ini suatu hari nanti akan pergi meninggalkannya. Dia juga kasih pada isteri ke2 kerana isteri ke2 selalu menjadi teman berbual, bertimbang rasa dan sabar terhadap baginda. bilamana ada masalah, baginda selalu mengadu kepada isteri ke2. isteri pertama baginda seorang yg sangat setia dan memberi sumbangan besar utk memakmurkan negara dan kekayaannya. akan tetapi, baginda tidak menyintai isteri pertamanya dan walaupun baginda sedar betapa sayangnya isteri pertama baginda itu, tapi dia jarang sekali menyedarinya.



satu hari, baginda jatuh gering. baginda tahu hayat baginda tidak akan lama. baginda pun berkata kpd isteri ke4, 'adindalah yg kanda paling sayang, kanda bagi adinda pakaian yg indah2 dan kehidupan yg mewah. kekanda akan mangkat tidak lama lagi, sudikan menemani kekanda?' isteri ke4 baginda berkata, 'tidak mungkin!' dan terus berlalu pergi tanpa sepatah perkataan pun. baginda benar2 kecewa dengan jawapan itu. sptnya hati baginda dicucuk dengan pisau yg tajam.

baginda lalu berkata kepada isteri ke3 nya, 'kekanda mencintai adinda seumur hidup ini. skrg kekanda akan mati, apakah adinda sudi menemani kekanda?' 'Tidak!' jawab si isteri. 'Kehidupan ini terlalu bagus utk dilupakan begitu saja. jika kekanda mati, saya akan berkahwin semula.' Hati baginda sayu mendengar kata-kata itu.

baginda lalu bertanya kepada isteri ke2, 'Adinda tempat kekanda selalu mengadu, tempat mendapatkan pertolongan, adinda selalu disisi bila diperlukan. bila kekanda mati, sudikah adinda ikut serta menemani?' 'maafkan adinda kekanda,' jwb si isteri. 'adinda tak dapat membantu kekanda pd saat ini. 'paling tidakpun, adinda akan menyusuri mayat kekanda ke kuburan.' baginda merasa sangat kecewa.

tiba-tiba satu suara berkata, 'saya akan menemani kekanda dan akan ikut kemana saja kekanda pergi.' baginda pun menoleh utk mencari suara itu. di situ, baginda melihat isteri pertamanya, yg kurus kering kerana kurang makan. dgn nada yg kesal, baginda berkata, ' kekanda menyia2kan waktu yg ada utk isteri2 yg lain. kekanda seharusnya menjaga adinda dgn lebih baik.'

setiap kita mempunyai '4 teman' kehidupan, yg ke4 itu tubuh badan. walau betapa byk pun yg dilaburkan utk tubuh badan, ia akan meninggalkan kita bila kematian tiba. ke3 itu adalah harta benda yg kita miliki, yg kita suka pamerkan, banggakan, dan tunjukkan kpd orang lain. bila kita mati, maka harta benda itu semua akan menjadi milik orang lain.

yg ke2 itu adalah keluarga dan kawan2. tidak kira betapa mrk menghargai anda, mrk pasti juga tak mampu menemani bila tiba saat kematian. yg pertama itu adalah 'jiwa'/roh. jiwa selalu diabaikan demi mengejar keseronokan, kekayaan dan kemegahan. jiwa dan roh lah yg kekal bersama ke akhirnya. kuatkan ia dgn amalan kebaikan, moga roh dan bekalannya cukup kuat utk mendepani kehidupan akhirat.

Comments

maiyah said…
menarik.. yg pertama adalah yg mnyayangi

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…