Skip to main content

15 hari pun boleh hidup??


Walaupun misi menyelamatkan mangsa gempa di Haiti dah pun dihentikan, tapi msh ada lagi kisah2 di suratkhabar ttg survivors yg msh hidup, walaupun dah 15 hari terperangkap. As qouted by pakar2 runtuhan dan bencana alam nie, ia sesuatu yg luar biasa bagi mangsa utk terus hidup lebih 10 hari. Sbb tu misi dihentikan sejak bbrp hari lalu. Tapi, masih ada lagi yg berjaya diselamatkan dan hidup. Amazing!

Pada sy ia ada kaitan dgn survival dan kehidupan sukar msykt Haiti. Umum mengetahui mereka terdiri dari golongan yg miskin dan menjalani kehidupan sukar, even sebelum berlaku gempa lagi, maknanya hidup sukar itu adalah permainan hidup mrk. Agaknya, badan mrk dan jiwa mereka dah terbiasa dgn kesusahan jadi mrk blh bertahan lebih lama dari yg djangkakan. Kalu kita kaitkan pulak dgn pelajaran hidup, sy fikir melalui dos2 kesusahan pd tahap yg wajar adalah penting utk mendidik jiwa utk menjadi survivor. kesusahan, kdg2 tak spt kita jangkakan, pahit memang tapi disebalik itu ia mendidik jiwa dan hati dan raga lebih kuat dan lasak mendepani kesusahan. org yg biasa susah jrg mengeluh dan tidak mudah bagi mereka berputus asa. tapi jiwa yg selalu senang dgn kemewahan dan segala kemudahan, yg jarang sekali ditimpa kesusahan, akan mudah patah semangatnya jika ditimpa kesulitan.

oleh itu, jika sesekali ditimpa kesulitan hidup, anggaplah ia satu pendidikan yg berguna buat mengelokkan jiwa agar lebih kental. jgn terlalu memanjakan diri sehingga jiwa tak mampu untuk hidup susah.

Comments

maiyah said…
setuju sgt.. mrk yg dah biasa dgn kesusahan akan kuat kalo hadapi masalah sbb mrk dah terbiasa.. jiwa mrk kental sbnrnya

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…