Posted on Thursday, April 09, 2009

Istilah bercinta

"boleh diumpamakan bagai makan sambal belacan..walau pedas hingga mengalir air mata namun mahu dimakan jua.." - shimawar

"depend on what kind. Love makes u strong, and love can kill u....."- alice in the wonderland

"manis, sedap tetapi berbau kuat macam buah durian.... sedap dimakan tapi kan kalau terlalu asyik samapi tak sedar diri.... akan memudaratkan diri. Itu opinion orang yang tak ada experience....." - anna and the king

"rasa kasih yang mendalam pada sesuatu" - mia

"pengorbanan.....cinta tak perlu di ucap, kita boleh merasainya.." - kak zana

"anugerah terindah. cinta itu ketawa dan air mata" - Lavender78

Apa yg plg sy suka berkenaan dgn TAG ialah jawapan yg diberikan org yg menjawabnya. sbb takder jawapan A-B-C or objektif mahupun yes or no, jadi kita bebas utk beri jawapan mengikut apa kita fikir dan fahami. i tertarik cara kawan2 yg tlh menjawab tag berkaitan CINTA, how they understand it. mcm2 jwpn diberi. ada kata sedap mcm belacan lah, ada kata mcm makan buah durian lah, ada yg lebih abstract dlm mendefinisikan cinta dan mcm2 lagi.

interestingly, gadis comel yg claimed herself for not having any experience in love nie - is the one who gave the longest answer. (hahaha, usik u Anna jgn marah ek).

Cinta is a subjective thing. Some people may see it in different perspective. and pengalaman is part of it. see, how ur experience giving u a meaning of what love is? saper ader pengalaman pahit, susah, sukar - dia akan kata - pahit mcm hempedu. saper happy - manis mcm madu (maybe). in conclusion, takde yg mendefinisikan cinta itu sebagai dengan satu ciri saja. contohnya leper, bulat or bujur. cinta itu terangkum didalamnya pelbagai rasa, pelbagai pengalaman, pelbagai peristiwa. ia positif, ia negatif. mcm alice kata, blh memberi u kekuatan, blh juga memusnahkan.

kini ku mengerti istilah sebenar
di dalam bercinta
tiada kepastian
tiada penentuan
akan kebahagiaan
(lirik lagu Istilah bercinta Ramli Sarip)

mcm tu jugalah kehidupan kita nie. setiap kita menempuh pengalaman yg berbeza2 dan pengalaman itulah yg mencorakkan kita - siapa kita hari nie dan apa yg kita fahami. takde jwpn yg salah atau betul pun. sbb kita dibentuk oleh pengalaman dan peristiwa berbeza2. itu yg menjadikan setiap kita unik. kita tak blh mengharap org itu fikir/faham spt kita kerana kita barangkali menempuh corak kehidupan berbeza. terima dgn hati terbuka. kita berbeza. tak semestinya berbeza itu satu masalah. yg jadi mslh bila kita tak blh menerima yg - kita berbeza.

cinta in the way i understand it is - a journey. and spt perjalanan hidup yg ada pasang surut ini, begitulah rasa kasih sayang kita, teruji, diuji. tapi satu cinta yg tak pernah mengecewakan. takkan mengecewakan. cinta kita pd Tuhan.

inilah kesimpulan yg dpt dibuat oleh seorang pelajar yg sedang dlm stage buat analisis data guna kaedah kualitatif. scr tak langsung semua perkara nak dianalisisnyer. hahaha. applied knowledge.

okay, nak pi mandi and smbung balik analisis sebentar lagi..

Read More

3 Responses to Istilah bercinta

  1. ♥ shiMawar ♥
    April 9, 2009 at 7:10 PM
    oo..jwpn tag sy mnjadi quotation dlm entri ni..brbgga le plak..haha.. :p

    p/s : tp tu pn curik lirik lagu Alleycats le..hoho.. ;)
  2. Alice
    April 9, 2009 at 10:00 PM
    love makes u strong - cinta membina motivasi..sebab dah minat kat guy, pergi kerja pun bersemangat. Contoh saja tu...jangan bagitau husband I!
    love can kill you ...tentulah, frust bercinta lepas tu pergi terjun bangunan tu apasal?
  3. Doralin Lee
    April 10, 2009 at 10:25 PM
    Tak patut betul... mengata aku dalam post nie.... sedihnya....

    hehehehe!