Posted on Tuesday, April 14, 2009

This life and that life

Anak saudara anta sms SOS. Rupernya frust bercinta. Carik mak su jer bbrp hari lepas tak dpt2, sms tak blh, email tak balas, YM tak online pulak. rupernyer aku diperlukan, buat mendengar citer 'kisah sedih' putus cinta. aper punyer mak saudara. rasa bersalah pun ya jugak. org perlukan kita, tak available. YM ada tak bukak, email tak check, tapi bab handphone, not my fault, i got the same report from 3 other person. line tak elok. kakak YM pun sy tak online. off message jer dpt.

maaf bagi yg mencari, ya saya bersalah. kdg2 sy terlalu khusyuk dlm dunia sendiri sehingga sy lupa pd yg lain. seolah2 skrg nie ada 2 jer benda dlm hidup nie - aku dan thesis. kdg2 lupa sy ada kehidupan lain, tanggungjawab lain. tanggungjawab sbg adik, anak, mak saudara etc. skrg nie tanggungjawab pelajar mendominasi segala2. aish, kena monitor diri sendiri nanti 'tak betul' disebabkan thesis. moga tetap waras hingga akhirnya. tolong ingatkan bila sy sptnya 'tak ingat dunia.'

maka berlangsunglah adegan luahan perasaan. dan bertanyalah itu ini mcm lah pakar sangat bab cinta. sy nie tau bab2 keganasan seksual, tp bukan kaunselor perkahwinan, tapi blhlah..teringat petikan satu buku - kita tak perlu menjadi pakar utk menjadi org pendengar yg baik. cukup kita mendengar dgn baik, memadai. pinjamkan telinga dan hati sebentar.

sy kata frust mmg frust, tapi kehidupan nie jauh lebih besar daripada tu. kena tgk dari perspektif lebih luas. msh muda, msh cantik, perjalanan hidup msh panjang lagi. jgn disebabkan putus cinta nie, putus segala2, kehidupan jadi tunggang terbalik. nie baru putus cinta. sedang, kehidupan nie ada byk lagi ujian2 yg seterusnya. kalu yg sedikit ini pun kita dah give up, mcm mana yg lainnyer? plan nak ke universiti, jadi targetlah di situ. dibahu tu ada tanggungjawab lain lagi. adalah hikmahnya semua tu. masa depan tu jauh lebih penting dan perlu diutamakan. Insya allah, dlm perjalanan itu nanti akan jumpa juga dgn jodohnya. keyakinan perlu ada. redhalah, sbb redha bawa ketenangan.

sy bukanlah pakar ttg mslh hidup. tak berani nak mengaku. dan takkan mengaku pun. sy sendiri msh dlm perjuangan hidup, masih menempuh liku2 kehidupan sendiri. msh lagi terkial2, kdg2 sy buat keputusan salah, kdg2 betul. kdg2 sy buat silap, kdg2 tepat. kdg2 sy mendatangkan mslh pd org lain dan sebagainya lagi. dan ada kalanya sy gagal, ada kalanya sy berjaya. tapi semua tu bukanlah keutamaan, proses perjalanan itu yg jauh lebih penting. setakat mana kita belajar darinya? sbb tu selalu lepas habis citer - org selalu tanya - moral of the story?

telefon mak dikampung. akhirnya dpt jugak stlh 2 hari mencari, tak jumpa2. sempat komplen ngan dia, nak jumpa najib lagi senang dari carik dia. najib hari2 nampak kat surat khabar, dia punyerlah susah. jap ada kat bwh tgk bunga, jap umah kakak..mak perlu handphone! senang nak trace. sempat bertukar2 citer, dia tanya busy ker? ckp mmg busy, busy ngan keje. nak kelakarnya bila dia kata - sy busy mcm polis nak pencen. hahahaha.

itulah sy, buat ms ini, sy ada dua kehidupan berbeza - kehidupan skrg di Melbourne, dan kehidupan yg saya tinggalkan di Malaysia. life is hard but i am not give up. not yet. cayok!


Read More

One response to This life and that life

  1. Alice
    April 14, 2009 at 7:58 PM
    ur niece carik u because u pakar putus cinta..hahahahah
    anyway, just kidding, and love ur pics....ciayou!
    gambateh! life must go on.....