Posted on Tuesday, February 24, 2009

Bila marah semua merah..


ada seorang kenalan bertanya

'adakah okay utk dia mencarut dan memaki hamun bf-nyer? dia geram sgt ngan bf dia dan dia pun *&^%$#@!!!..pendek kata kena laserrrrr..' asal puncanya sbb bf dia buat fitnah kat belakang, so dia hangin satu badan maka terkeluarlah perkataan2 yg selayaknya masuk di dalam 'tong sampah' saja, bukan 'recycle bin'.

hmmm..

pd pandangan sy, nak tahu karekter seseorang tu lihatlah ketika dia sedang marah. org yg paling kuat bukan semestinya org yg rupa fizikalnya spt malek noor or kuat seperti badang, tapi mereka yg dapat menahan marah apabila sedang marah. bukan mudah kan nak mengawal diri ketika marah.

malah kalu ikut Rasul kita, marah ditangani dgn bbrp cara:

ambil wuduk
berdiam diri
jika sedang berdiri, maka duduklah
jika sedang duduk, bangunlah..

jika bangun - berlari (nie tambah sendiri :P ) hehe
pi masuk tido
jalan2 ambil angin
berenang dll

ada org tambah: minum segelas air sejuk/kosong..lebih afdal kalu yg menghulurkan air tu org yg kena marah. ada juga yg menambah - (utk suami isteri saja)- isteri pakai seksi2...hmmm..ok stop!

ada baiknya berdiam diri bila dilanda kemarahan. dikhuatiri, bila time marah, ayat yg keluar dari mulut itu, ikut 'sedap dia jer..'. mmglah boleh buat excuses -' i tgh marah giler tadi, maaflah ya.' tapi bak kata pepatah..

kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa; or
telajak perahu blh diundur, telajak kata buruk padahnya. tiada masalah memaafkan, tapi tak mungkin melupakan. kemudian, dia bertanya lagi..'nak terima lagi ke org yg dah kutuk kita teruk2 giler mcm tu?'. saya scr peribadi rasa, sy blh terima org mcm nie sbg kawan, tapi nak buat teman hidup - BIG NO. bila marah, diletaknya kita ditapak kakinya, serendah2 kedudukan. kot ye pun marah, ada byk cara utk kita luahkan, it just a matter of choice. pilihan ditangan kita.

sanggup ke nak tengok balik wajah org yang dah kata bukan2 pada kita? yg dah meletakkan kita ketika marahnya - menjadi sehina2 insan. mulut kata blh maafkan, tapi luka dihati, siapa tahu?? parut tu bawa sampai bila2..takkan lupa.

berpada2lah dlm menunjukkan kemarahan. elakkanlah berkata2 perkataan yg kasar. org yg kita sayang, patut ke kita kata yg bukan2?

doa menghadapi saat2 kemarahan dan emosi:

"aku berlindung kepada Allah dari segala godaan syaitan terkutuk. ya allah ampuni segala dosaku. hilangkan marah dalam hatiku dan peliharalah aku dari godaan syaitan yg terkutuk."

note: jika kita pernah bertindak sedemikian ketika marah, janjilah dlm diri utk lebih rasional di masa2 akan datang, lebih bertimbang rasa ketika meluahkan kemarahan, dan sama2 sentiasa berlapang dada memaafkan. selagi namanya hidup, selagi tu berangin..peringatan tuk diri sendiri.

bagaimana anda marah?? Read More

0 Responses to Bila marah semua merah..