Review Ibu 40 Hari



Salam keibuan...untuk semua perempuan dan pembaca sekalian..jika adalah :-)

Hari ini genap 40 hari melahirkan, berpantang dan menjadi ibu 24/7 hari seminggu. Perasaan? Bercampur baur. Memperolehi anak sendiri adalah sebesar-besar anugerah buat seorang wanita. Tapi datang bersamanya cabaran dan keseronokan. 

Dalam 40 hari ini, apa yang saya dapat review kan??

Seronok
Penat
Mencabar
Ngantuk
Teruja

Jadi ibu kepada anak kecil sememangnya mencabar. Kerana baby bergantung kepada kita 100% dari segala aspek. Memang penat dan benar cakap kawan-kawan, selamat menempuh era 'tak cukup tidur'. Huhu. Baby yang baru lahir ini memang tabiat mereka bangun dan menyusu purata 2 jam sekali termasuk malam. So hilang sudah nikmat tidur ku bertahun-tahun dulu.


Memory lane - dulu time single, boleh tidur dan bangun anytime, walaupun saya punyer rutin tidur yang teratur. Saya jenis tidur awal, seawal jam 9 malam walaupun bangun pun awal jugak. Maksudnya, terpulang pada saya nak tidur jam berapa, ikut mata. Nak tidur, tiada siapa boleh melarang, menegah dan sebagainya. Heaven kan.

Dah kahwin - kena adjust ikut husband. Kami mempunyai rutin masuk tidur pada waktu yang sama. Kalau dulu tidur seawal jam 9 pm, now kalau husband ada, maknanya tidurlah lewat sikit, sebab teman nak berborak, berbincang, makan-makan, tengok tv dan sebagainya. 

Dah beranak - huhu, makin kurang jam tidurnya kerana baby bangun 3 kali sehari waktu malam, cthya jam 12 mlm, jam 2 pg dan jam 4 pagi. Baby merengek untuk menyusu, time itu jugak saya akan check dan tukar lampin. Saya suka tukar lampin baby sekali apabila menyusukannya. Kesian tengok baby tidur dalam keadaan sememeh dengan najis dan lampin basah. Saya suka baby saya tidur dalam keadaan nyaman dan selesa. 

So, now memang tak cukup tidur. Bertambah tak cukup tidur bilamana baby meragam menangis.Macam semalam, balik dari injection, baby meragam teruk. Agaknya baby terkejut kena injek time syok tidur, dapat pulak jarum halus, panjang dan dalam jugak cucuk nurse tu. First time tengok baby saya nangis muka semerah2nya dan sampai menjerit tak keluar suara. Balik tu elok dia tidur tapi mula jam 7 petang baby start nangis on off sampai tengah malam!!! Saya dengan tak sempat makan mandi dan bertukar pakaian. Husband pulak takde. Memang jem kepala, dengan ngantuk penatnya. 

Macam-macam buat, mandikan, sapu minyak telon, minyak angin, balm baby, massage, tuam, semua tak menjadi. Menerukkan keadaan, baby nak dikendung setiap masa. Adeh naik lebam lengan. Bila husband balik rumah barulah tukar shift, saya dapat mandi sekejap. Tapi baby tetap nangis. Akhirnya jam 12 lebih baru baby nak tidur. Huhu. Semalam yang memenatkan dan mencabar. Masa inilah rasa macam-macam, nak marah, jem sekejap sebab tak tahu dah nak buat apa and kadang-kadang dalam fikiran bayang yang bukan-bukan. Tapi istighfar banyak-banyak. Ya Allah, ini baby kecil yang tak tahu apa-apa. Jika aku berkasar dengannya, dia tetap memerlukan aku, tetap pandang wajah aku, tetap mengharapkan aku, seteruk manapun layanan aku bagi. Huhu, tak sampai hati. So aku jerit jer dalam hati "eh setan, ko jangan nak hasut aku bukan-bukan. Syuh..!! syuh..! main jauh-jauh"

Itu belum lagi cabaran berpantang, lagi2 seperti saya berpantang sendiri. Memang asyik kena marah kena tegur jalan macam orang tak berpantang, tapi aper choice ader? kalau jalan macam injet2 semut, memang bilalah nak habisnya. Nak jaga baby, nak masak sendiri, nak mandi, dan sebagainya. Awal-awal minggu selepas bersalin terlebih mencabar kerana kondisi badan yang tak fit dan masih dalam proses untuk sembuh, tambah lagi sakit jahitan, baby kuning dan sebagainya. Memang terasa down jugak, tapi nasib baik preparelah jugak minda ni setelah dengar cerita kawan-kawan ups and down ketika berpantang. Memang takdelah perfect pantangnya tuh, tapi saya positifkan diri, buat yang terdaya, terbaik dengan kudrat yg ada. Misalnya, kena makan nasik masak sekali, mesti panas-panas, dalam keadaan berpantang sendiri, itu adalah luxury yang saya takde. Tak mampu nak asyik ke dapur untuk masak. Masak nasi banyak sekali untuk sehari itu, dan lauk pun macam tu jugak. Redha ajerlah. 



Namun, disebalik semua itu, alhamdulillah saya dah rasa semakin okey sekarang. Luka pun dah takde rasa sakit, boleh jalan macam biasa. Saya tidaklah mengabaikan amalan pantang yang boleh saya praktikkan seperti minum air periuk, makan jamu, mandi herba, berbekong, berstoking, sapu badan dengan minyak panas, berurut. Selain ini, saya juga menggunakan set bersalin shaklee, so ini juga mempengaruhi kecepatan kesembuhan dan rasa sihat badan saya kot. Walaupun saya tak mengamalkan pantang yang intensif macam orang lain yg ada orang jaga dalam tempoh berpantang, tapi dengan perkara basic saya lakukan, badan memang terasa sentiasa berpeluh, panas walaupun dengan kipas siling on 24 jam. 

Bila berpantang sendiri ini, kita kena belajar banyak perkara sendiri. Macam saya, belajar untuk membuat air minuman kesihatan semasa berpantang sendiri. Saya tidak bergantung kepada ubat periuk semata-mata. Saya membuat sendiri air kesihatan seperti air rebusan sirih/kunyit/pegaga/rebusan herba cina yang saya selang selikan setiap hari. Syok jugak dapat minum minuman sihat seperti ini setiap hari. Saya ingat nak jadikan minuman seperti ini sebagai amalan walaupun selepas berpantang nanti. 

Saya buat blog ini ketika baby sedang tidur. Lama dah tak pegang laptop. Bila tengok wajah baby saya terasa lega dan syukur. Memang menjaga anak sendiri yang masih kecil bukan perkara mudah. Tapi in sha allah akan laluinya bersama. Memang tiada istilah u turn sekarang ini. Telah ada amanah anak yang terpikul dibahu saya dan suami. Anak yang tidak boleh dipulangkan bila penat, yang kita boleh undone bila kita rasa tak larat, tak mampu dan sebagainya. Ia adalah amanah yang harus dipegang 24/7 untuk seumur hidup ini. Zuriat yang bakal dan telah mengubah hidup saya 360 darjah. Tidak akan sama lagi hidup dalam banyak perkara.

Tapi journey kehidupan ini akan saya lalui semampunya. Inilah zuriat yang saya minta, doakan. Jadi saya akan bawa in sha allah dan semoga dipermudahkan untuk saya mendidik dia menjadi sebaik-baik manusia. Bila dah ada anak,saya terdetik di dalam hati, untuk menjadi lebih baik. Kerana telah ada manusia yang diamanahkan untuk saya didik, dan pendidikan terbaik bermula dalam diri sendiri. In sha allah, mudah-mudahan zuriat ini menjadi sbaik-baik manusia.



Comments

Popular posts from this blog

Panduan Masuk Rumah Baru

Ada apa dengan Clinique

Tips beli peti ais