Menjadi 'suara rasional' anak-anak



Topik pos raya ni agak berat, tapi saya kira agak penting untuk saya bebelkan dalam blog saya nih. Orang tak baca tak per, saya bukan mencari viewers, tapi blog adalah medium saya memberi pandangan panjang lebar tentang apa saya lalui dan perhatikan di sekeliling dalam kehidupan seharian. 



Pentingnya menjadi suara rasional anak-anak.

Anak-anak yang sedang membesar, suka explore banyak perkara, melakuan banyak benda. Kalau ikut  ilmu psikologi perkembangan, anak-anak kita tidak terus 'matang' dalam setiap tindak tanduk mereka. Di sini, ibu bapa memainkan peranan penting sebagai mata-mata, pemantau, penasihat kepada anak-anak tentang apa yang patut, harus, sebaiknya, senang cerita the do and the donts. 

Tugas ini berat. Bukan satu tanggungjawab yang mudah bagi ibu bapa menjadi pemantau anak-anak. Semasa kanak-kanak/bayi, mungkin tugas pemantauan ini lebih kepada aspek fizikal dan kurang aspek kognitif, namun menjelang remaja, anak-anak mula mempunyai pemikiran sendiri dalam banyak perkara. Saya kira pada tahap inilah ibu bapa seharusnya lebih kritikal dalam melakukan pemantauan kerana anak-anak punya pandangan tersendiri terhadap sesuatu. Terutamanya remaja, di mana mereka berkecenderungan merasa diri mereka sebenarnya telah matang, tidak perlulah nasihat ibu bapa, seringkali pandangan rakan sebaya lebih dilihat mempengaruhi berbanding ibu bapa. Pada tahap inilah, remaja mudah semberono dalam tindakan, tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan.

Image result for cognitive development in adolescence


Disinilah pentingnya ibu bapa menjadi suara rasional kepada anak-anak. 

Pada tahap ini, kesilapan memang dijangkakan, maklum baru belajar menjadi dewasa. Remaja cenderung melihat mereka betul dalam sesuatu sedang sebagai dewasa, kita tahu tindakan anak kita ini kesudahannya bagaimana. Jadi, ibu bapa, apakah pendirian kita? Adakah kita jenis yang akan mengikut sahaja kehendak anak, demi untuk menjadi favourite, disukai anak-anak sedangkan kita tahu jika kita menuruti kehendak mereka, ia bakal mendatangkan masalah??

Contoh kes:


  1. Pergi melancong ke luar negara namun tidak cukup bajet. Anak ini mengambil keputusan untuk berhutang demi untuk melunaskan hasrat ke luar negara tersebut. 
  2. Ingin mempunyai kereta sendiri pada usia muda, sedang diri sendiri belum bekerja, masih bergantung kewangan dengan ibu bapa. Telah membincangkan hasrat dan ibu bapa telah memberi pandangan untuk menangguhkan. Namun, dalam diam-diam membuat loan kereta juga tanpa pengetahuan ketua rumahtangga. 
Kedua-dua kes ini jika diteruskan mempunyai implikasi negatif yang agak besar kepada remaja tersebut. Namun, sekiranya ibu/bapa membenarkan keadaan ini berlaku, jadi di manakah peranan ibu bapa untuk menjadi suara rasional kepada anak-anak? Yang boleh berperanan mengajak anak berfikir buruk baik sesuatu keputusan sebelum satu-satu tindakan diambil? 

Apakah pendirian kita sebagai ibu bapa? Adakah kita lebih selesa menyebelahi tindak tanduk si anak demi untuk tidak melukai hati mereka, untuk disukai? Atau kita berani mengambil pendirian, mendidik anak kita untuk lebih matang bertindak dengan menggariskan pelbagai perkara yang perlu difikirkan sebelum keputusan diambil?  Dengan melihat buruk baik dan mempertimbangkan yang terbaik untuk jangka masa pendek dan panjang?

Are you willing to play favourite rather than being the right one?

Pada saya besar risiko sekiranya kita juga bersifat melulu dalam menuruti setiap kehendak anak-anak, sedangkan kita tahu dalam jangka masa panjang, tiada kebaikan yang anak kita perolehi darinya. Kita mengajar anak semberono dalam tindakan, dan mendidik anak menjadi tidak sabar dalam mencapai sesuatu, berhutang misalnya sedangkan kesan selepas itu lebih besar.

  1. Anak dapat ke luar negara bercuti bersama kawan-kawan. Namun balik dari melancong, anak kita terpaksa menanggung beban hutang pula untuk membayar kos-kos melancong tersebut. Dia terpaksa mencari kerja sambilan atau berhutang dengan orang lain, atau paling tak pun akan menjadikan ibu bapa sebagai 'penyelamat' untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Alangkah baiknya jika ibu bapa dapat menasihati anak ini untuk bersabar seketika, berkerja sambilan pada cuti sekolah/semester untuk menampung kos percutian dan setelah mencukupi barulah dibenarkan pergi. Balik dalam keadaan happy, tidak terbeban dengan hutang melancong. Dalam situasi ini, kita creates win-win situation utk semua orang. 
  2. Kereta semasa belajar dalam keadaan kewangan tidak stabil, adalah a very risky business to the family. Yang selalu akan 'terbeban' adalah ketua keluarga, kerana sekiranya berlaku kes di mana bayaran bulanan tidak dapat dilangsaikan, ibu bapa lah yang selalu menjadi penyelamat akhirnya. Bagaimana sekiranya ibu bapa juga dalam keadaan cukup-cukup makan? Lalu bagaimana ibu bapa membantu mengatasi keadaan ini? Alangkah baiknya sekiranya si anak ini mendengar suara rasional ibu bapa, mengapa ini bukan waktu sesuai untuk mempunyai kereta sendiri, dalam keadaan tidak bekerja, masih belajar, tiada pendapatan stabil. Apakah mempunyai kereta itu benar-benar satu keperluan? Adakah wujud alternatif lain? JIka hutang kereta tidak mampu dibayar, siapa yang boleh membantu membayarkannya dalam kecemasan?? Adakah dengan mempunyai kereta ini, dapat menyelesaikan banyak perkara, atau menyelesaikan satu perkara tetapi menyebabkan wujudnya 2-3 masalah lain?
Image result for cognitive development in adolescence


Malangnya, saya tekankan, malangnya, ada ibu bapa yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Daripada menjadi suara rasional anak-anak, dia menjadi pendorong anak-anak melakukan 'kesilapan-kesilapan' ini. 

Saya amat berharap, kita menjadi 'suara rasional' anak-anak kerana kitalah yang akan menjadi pendidik dan pembentuk karakter anak-anak kita. Apa yang kita tanam itu yang kita tuai. Ingatlah, selalulah melihat kesan jangka panjang akan setiap yang kita persetujui atas apa yang anak-anak kita lakukan. Kita sebenarnya sedang 'membentuk' acuan karakter dan peribadi anak-anak kita akan menjadi insan dewasa yang bagaimana. 



Comments

Popular posts from this blog

Panduan Masuk Rumah Baru

Ada apa dengan Clinique

Tips beli peti ais