Posted on Monday, November 05, 2012

Keganasan dan kekejaman menjadi-jadi

Kadang2 takut baca headlines newspaper sekarang. Macam2 peristiwa ngeri ader dalam sehari. Dulu agak jarang berlaku..tapi skrg rasanya reporter pun agaknyer pening mana satu headlines jenayah yg nak dipilih sbb semua sadis2 belaka.

Sekadar contoh jenayah dalam utusan melayu online dalam sehari dua:

Lelaki putus cinta lepas geram
Pemandu teksi dibunuh dan dibakar
Kakaitangan awam dibunuh dan isteri dirogol dalam rompakan
Warga emas maut ditumbuk dalam rompakan
Anak bekas ahli parlimen parah ditetak
.... Dan beberapa lagi

Ngeri tak? Ader beberapa kesimpulan sy blh buat disini..
1. Penjenayah semakin ganas dalam tindakan mereka. Membunuh itu cara biasa sekarang dan bukan pilihan terakhir.
2. Keagresifan menjadi2.
3. Cemburu dan dendam juga menjadi sebab utama jenayah berlaku selain rompakan.

Dulu ader entry sy laporkan jenayah putus cinta simbah asid n bunuh. Lebih kuranglah yg terbaru ini di mana lelaki membakar kereta dan 3 motorsikal milik keluarga bekas teman wanitanya dan mengugut bunuh! bunuh! pada masa yg sama. Again..aper nak jadik dgn jiwa org sekarang? Jiwa kacau sungguh.

Rasa takut jer baca. Nauzubillahiminzalik...aku bermohon dijauhi dari bencana2 ini. Mengapa negaraku rakyatnya jadi begini? Apakah yg kurang sehingga moral dan jiwa menjadi bankrap teruk mcm ni? Agama sudah pasti..tapi selain itu? Ibubapakah? Sistem pendidikankah? Dadah kah? Aper..?????

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

0 Responses to Keganasan dan kekejaman menjadi-jadi