Posted on Friday, November 09, 2012

Bila tak ader negara sudi bagi maid ke Malaysia..

Semakin kesempitan maid..
Terdesak..
Huru hara rumahtangga?

Rakyat Malaysia kena memikirkan alternatif lain dan kurangkan kebergantungan kepada maid. Pelik kadang2 macam mana negara lain seperti negara maju boleh tidak menggunakan maid dalam urusan domestik mereka. Mungkin malaysia perlu belajar sesuatu dari contoh tersebut. Kalau perlu ubah dasar maka mungkin lakukan saja.

Apakah dasar pekerjaan mereka lebih fleksibel terutama bagi wanita dan ini membolehkan ibu2 kekal bekerja dan membesarkan anak hingga mencapai tahap berdikari?

Apakah boleh diwujudkan lebih byk sektor yg membolehkan wanita bekerja dari rumah? Lagipun skrg ini semua outcome based..asal you deliver apa yg diminta..org tak kisah bgmna cara you melaksanakannya. Dengan bantuan teknologi komunikasi yg canggih..perlu lagi ker untuk ader secara fizikal setiap hari di ofis? Saya kira ader profesion yg boleh melaksanakan kerja di rumah ini. Macam pensyarah...ehem. Serius..pensyarah antara contoh kerja boleh buat dirumah.

... Tbc...solat dulu..heh

Published with Blogger-droid v2.0.8
Read More

0 Responses to Bila tak ader negara sudi bagi maid ke Malaysia..