Skip to main content

Time flies...

24 hours still feel not enough 

Weekend lepas masih terasa, dah nak weekend semula..mengapakah masa terasa begitu pantas berlari??? Melihat kepada kerja yang menimbun2 perlu dibereskan, dan sedikitnyer masa..rasa terkejar2 akan semuanya. 

contoh hari ini, Jumaat saya peruntukkan untuk membuat kerja2 berkaitan penyelidikan. tetapi disebabkan kena siapkan kertas kerja untuk sanggar kerja dan perlu siap segera untuk dibawa masuk meeting, maka tertangguh nak buat analisis data. nampak 2-3 helai sajer paper worknyer pun, tapi ambil masa jugak sebab nak memikir tentatif program dan sasaran sanggar kerja..pastu tang budget pun kepeningan, sbb anggaran budget kena tele dengan surat pekeliling bendahari. adik-adik...mana boleh hentam saje nak buat budget nih, gerenti masuk dalam tong sampah kalu main letak suka suki jer..contohnyer budget hotel..for gred 45-52 ialah RM180..takkan nak letak RM230 hinggit?? mau kena terkam ngan bendahari? awal2 kena reject. nak check harga penginapan/makan minum/seminar..tu semua memakan masa, tup3 dah petang!!! aiyooooo research akuuuu!!

last2 inilah jumaat aku...research tak tercapai dek tanganku ini...dah lah tak lama lagi kena bentang report. ammmma! sekarang macam fobia pulak bila dapat email 'pembentangan kemajuan penyelidikan'. dah dup dap dup dap...aish..nasib baik pembentangan kemajuan penyelidikan pelajar phd..fuh lega tuk sehari dua nih. ingatkan utk pensyarah. tajuk email boleh bikin sakit jantung...

jumaat ku tidak menepati matlamat yang sepatutnyer..marahlah aku..huhu..

lagu untuk diriku..


Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…