Skip to main content

akhirnyer berenang jugak

Lama betul tak berenang. Last time hari tu berenang kt hotel masa buat research pastu takde dah. Saya bukanlah orang yang aktif bersukan tetapi mengakui dan amat menyedari keperluan gaya hidup sihat untuk kekal sihat. Sebab itu saya berusaha untuk bersenam paling malas pun seminggu sekali. Its better than nothing...kan¤

Aktiviti yg saya selalu pilih untuk bersenam:
Yoga
Joging
Berenang

Yoga saya selalu buat dirumah sahaja
Joging - port paling selalu ialah stadium ukm
Berenang - dulu port favourite ialah hotel impian morib. Suka berenang sini sebab boleh pakai aper sahaja..tak pakai aper2 jer tak boleh agaknyer.

But now..dah beli baju berenang muslimah maka bolehlah berenang sakan2 di ukm. Lebih dekat. Syioknyer!

Sbb dh ader baju renang proper maka barulah berani je danau ukm untuk berenang. Orang luar pun boleh ke sini dengan bayaran rm5. Tuala bawak sendiri yer. Tapi cap boleh pinjam. Saya tak pakai cap ukm sebab baju renang tu dah ader cap siap2.

Best rupernyer kolam renang ukm. Air bersih. Ader orang kata klorin kat kolam ukm kuat. Tapi saya rasa okay ajer. Morib lagi kuat klorinnyer. Boleh cium bau dan rambut ala2 berus sabut selepas tu. Ini tak berlaku masa mandi di ukm tadi so i assume dan yakin klorinnyer just okay.

Dulu biasa berenang untuk suka-suka. Kali ini cuba ulang alik ala2 nak masuk pertandingan berenang terpantas. Saya terlupa yang dah lama tak berenang..i should take it easy..ha..ambik! Lepas mandi tu nak angkat tangan teramatlah payah and peliknyer nausea sekali! Tak pernah kena macam ni. Pelik jugak. Try googling pasal "feeling dizzy/nausea after swimmimg". Katernyer ader bbrp sbb mengapa sy mengalami nausea tadi sebaik habis berenang:
Dehidrasi
Penggunaan otot perut yang intensif setelah lama tidak melakukan aktiviti serupa
Pusingan badan dalam air
Gelombang kecil terhasil dari perenang lain
Klorin dan chemical
Penggunaan oksigen dan pernafasan maksimum
Kombinasi faktor2 diatas

So nasihat saya..jika lama dh berhenti berenang dan nak sambung balik..take it easy. Ibarat nak berlumba lari..ader warm up sebelum pecut. Kalau terus memecut takut semput tengah jalan.

Ohh..malam ni rasanyer nyenyak aku ketiduran dek kepenatan..

Btw..i enjoy it..n happy to know now i can swim more frequent.

Published with Blogger-droid v2.0.8

Comments

Fairuz Aziz said…
nak tanya sikit..syarat pakaian untuk berenang di UKM mcm mana bagi lelaki? boleh x pakai tied kat dalam n sluar pendek di luar?
Anonymous said…
salam.. nk tanya jg.. kolam ni campur laki n pompuan dlm satu masa ke? klu tak campur, time pompuan mandi,lelaki bole ke lalu lalang or lepak kt kwasn kolam.. saya mmg suka berenang,,tp klu swimming pool open yg susah skit sya nk swim..

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…