Posted on Sunday, October 09, 2011

Ada apa dengan Soffiya???






Ada banyak komen negatif pasal cerita Soffiya TV3 yg ditayangkan jam 7 setiap minggu. Saya tak melihat filem itu sebagai tak sesuai. malah dari satu aspek sy melihat filem itu realistik dalam menggambarkan masalah sosial semasa yang berlaku dalam masyarakat kita. ada yang mengatakan drama itu terlalu berat, sedangkan khalayak perlukan sesuatu yang santai untuk dijadikan hiburan. tapi jangan kita lupa filem tidak semestinya wadah menghiburkan saja, ia juga medium berkesan utk mendidik masyarakat.

kdg2 sy melihat ini sebagai ketidaksediaan segelintir msyrkt utk mendepani masalah yang sekian lama ada dlm msykt kita - sumbang mahram. kalu boleh, tak nak ambik tau, tak mau tau, biarkan ia mcm tu dan kita rasa benda tu bukan berlaku pada kita pun. sedangkan drama soffiya itu sy lihat byk adegan awal watak utama dgn ayahnya menggambarkan situasi yg sering berlaku dan dihadapi oleh mangsa dera seksual. inilah yg perlu kita ketahui dan ambil tahu.

sy kira sy belajar banyak benda dari cerita soffiya berbanding drama melayu zmn sekarang yg sptnya kembali ke alam mistik dan penuh dgn kepercayaan karut. Read More

0 Responses to Ada apa dengan Soffiya???