Posted on Monday, October 03, 2011

Pesanan buat anak murid...

First time in my life, masuk bicara tatatertib pelajar. Walaupun sekadar saksi bisu di meja 'mahkamah' tetapi cukup mendebarkan jugak. Iyerlah, nak sabitkan tuduhan kepada pelajar bukan perkara remeh temeh yg boleh ditertawakan. Ia melibatkan MASA DEPAN insan yang dibicarakan.

Bukan niat nak bercerita kisah pelajar ni secara details, cukup saya nak jelaskan disini ialah moral of the story. Janganlah terlalu taksub untuk lulus periksa sehingga sanggup buat perkara yang menyalahi etika kita sebagai manusia. Luluslah sebagai pelajar yg berusaha atas daya usaha sendiri, bukannya guna 'kaedah alternatif' termasuklah meniru dalam exam/mengorat pensyarah. Anda mungkin boleh lepas malah berjaya pun dengan kaedah itu, tapi anda akan lahir sebagai graduan yang tidak berkualiti karakter dan peribadinya.
Nasihat saya, jangan meniru dalam periksa. Banyak implikasinya.

Misalnya kes yg saya hadiri itu - digagalkan subjek tersebut, kena mengulang subjek dan didenda RM200. Nampak macam, eceleh..celah giginyer, tapi bagi graduan tahun akhir yg menunggu konvokesyen misalnya, ini bukan perkara mudah. Nyesal kemudian tak guna. Haaa..leleh airliur dan airmata tengok kawan2 lain dgn jubah dan skrol ijazah mereka.


And jangan bagi alasan macam, budak lain ramai lagi yang meniru saya tengok, boleh jer lepas atas budi bicara, tapi mengapa saya yang kena??? Haa, mcam langgar peraturan jalan jugakler, kalu polis tak tangkap, mana nak tertangkapnyer walaupun dia buat salah kan kan kan?? dah nasib badan kawan lain lepas dia tak lepas..haaa..tulah jangan dicontohi benda tak elok. Orang lain lepas belum tentu anda pun boleh lepas.

Read More

0 Responses to Pesanan buat anak murid...