Skip to main content

Alhamdulillah






salam semua,

agak lama tak memblogkan diri. bukan sombong mahupun lupa blog tapi kesibukan tugas yg harus diutamakan tidak menjadikan sy punya byk masa utk memblog seperti zmn cuti panjang dulu. memang menghadap komputer itu sentiasa ada, tapi padahal tanggungjawab tugas yg perlukan kesegeraan tidak memungkinkan sy utk menjenguk dan berkata2 diblog ini.

terima kasih krn masih sudi menjenguk ke sini..

ALHAMDULILLAH sy telahpun mendapat results dari kesemua examiners yg memeriksa thesis PhD sy dan alhamdulillah sy lulus dgn minor corrections. sukar utk digambarkan perasaan ini kerana sy sendiri tidak yakin dan tidak tahu aper keputusan yg sy akan perolehi sebelum ini. kita kadang2 boleh meneka dgn firasat rasanyer mcm ner keputusan tapi sy tak punya perasaan itu dulu..itu yg membimbangkan sy. tapi ternyata Allah itu maha pemurah dan sy lulus. terbayar penat lelah dan hidup pertapaan itu terasa berbaloi dgn keputusan yg sy dpt ini.

PhD memang sukar perjalanannya. tapi keputusan ini tak bererti sy terbaik, sy kira ini semua kombinasi byk faktor. lulus ini disebabkan oleh byk perkara, dan sy sendiri hanya sedikit sj penyumbangnya. ini usaha dan blessing semua orang dan dgn izin Allah swt.

sy sendiripun tak sangka mendapat keputusan dlm masa singkat. saya hantar 12/8 dan sy balik Msia 14/8. dan keputusan tlh diberitahu 26/10.

sebenarnya tarikh2 menghantar PhD itu ada sentimental value tersendiri sbb 13/8 itu adalah hari lahir sy. bila sy submit thesis itu sy rasa lega sgt dan terharu pd ms yg sama kerana sy dpt melengkapkan/menyudahkan perjalanan yg penting dlm hidup sy sbg seorang pelajar sehari seblum hari ulang tahun kelahiran. itu hadiah hari lahir paling best setakat ini.

tapi sy kira salah satu sebab dpt result cepat ialah sbb bulan Nov and Dis nie biasanya orang kat Aussie cuti sakan even sampai February. So mungkin agaknya examiners nie semua tak nak pegang tesis lama2 bikin sakit jiwa lebih baik settle awal dan boleh cuti sakan..

so, boleh jadik tips gak nieh, sila hantar tesis dlm bulan 7/8, insya allah dpt results sblm November and Disember. jimat waktu..kweng-kweng

Comments

salam kak..lamanye x jenguk sini. tahniah kak! dah bergelar doktor la ni eh? :)
Doralin Lee said…
A big Congratulations to you Selene!!!!!
Cengkih78 said…
hi doralin and amalini..

insya allah cepat corrections cepatler konvo nyer. doa2kan yer. tapi nie tgh pemalas tul nak tgk tesis balik..trauma agaknyer..kweng kweng

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…