Posted on Wednesday, February 16, 2011

Kemurungan..dapatkan bantuan


Kebelakangan ini cukup kerap kita dihidangkan dgn kes bunuh diri dan/atau bunuh diri dan anak2. Sejak 2 bulan kebelakangan ini, sy lihat hampir setiap minggu ada kes bunuh diri dan bbrp dari kes ini dikaitkan dgn tekanan hidup dan masalah kemurungan.

Kemurungan yg kronik mmg boleh mencetuskan bunuh diri. kajian2 lepas memang mengatakan wujudnya perkaitan dgn kemurungan dan bunuh diri. kemurungan bukan msalah individu tetapi mslh bersama. pentingya individu yg hampir dgn penghidap utk menyedari risiko2 yg boleh berlaku dan mengambil tindakan sewajarnya spt:


kerap bertanya khabar dgn penghidap
jadi orang yang boleh menjadi tempat mengadu masalah
mengawasi tingkah laku berisiko (enggan makan, bercakap mengenai keinginan bunuh diri, mencari/mengumpul benda2 berbahaya spt pisau, racun,etc)
dapatkan pertolongan dari orang lain (spt doktor yg merawat mangsa, kaunselor, kaum keluarga)
mengawasi dgn lebih ketat perlakuan mangsa ketika bersama anak2.

orang yg menghidap kemurungan ini biasanya:
sentiasa diharungi perasaan kesedihan
hilang keseronokan terhadap kehidupan sendiri
hidup merasa kosong
merasa gagal dalam hidup
merasa dirinya tidak berguna
rasa bersalah
tidak bermotivasi
masalah untuk tidur (kurang tidur atau tidur berlebihan)
resah dan gelisah
hilang selera makan
hilang fokus dan tumpuan terhadap aktiviti dilakukan
banyak berkhayal sendirian


pada peringkat kronik ia boleh mencetuskan perasaan:

ingin membunuh diri
tidak mahu makan dan minum
halusinasi dan delusi

kemurungan harus dirawati. orang yg menghidapinya mungkin terlalu 'tak bertenaga' utk mengambil inisiatif sendiri jadi orang disekeliling mrk memainkan peranan kritikal utk membantu mangsa keluar dari kemurungannya samada melalui bantuan perubatan, terapi dan sokongan sosial. bagi orang yg mempunyai tanda2 kemurungan dlm diri, nasihat sy, jgn biarkan perasaan 'living in blues' itu berterusan. carilah bantuan dan sokongan sebelum terlambat. carilah seseorang yang anda percayai untuk berkongsi masalah.



GET HELP BEFORE ITS TOO LATE

Tele kaunseling DBKL:
UNIT TELE KAUNSELING DBKL, TINGKAT 1, MENARA DBKL 1, JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR
talian bebas tol 1-800-88-2600 talian terus 03-26947657, 0326179905 faks 03-26947912 Unit Psikologi dan Kaunseling UKM Bangi 03-8921 3956 (encik Shamsul untuk membuat temujanji dengan kaunselor) Paling penting: ia PERCUMA!
Read More

0 Responses to Kemurungan..dapatkan bantuan