Skip to main content

Materialistic Girl - sexy chick


Sekarang nie semakin kerap kiter dengar pelajar2 IPT terutamanya perempuan menjadi teman sosial full time @ part time semata2 utk mendapatkan pendapatan bulanan yg lumayan. Semuanya untuk membiayai kehidupan kota dan keinginan material yg tidak dinafikan...semuanya perlukan wang wang wang wang! Inilah kesan buruk bila materialistik menjajah kehidupan kiter. segalanya perlu wang, dulu zmn2 dulu agaknyer orang kata giler kalu kiter charge orang nak buang air besar/kecik. sekarang nieh...ader sesetengah tandas moden ada harga berbeza utk jenis pembuangan yg nak dilakukan - kecik/besar. bayangkan...

berbalik pd hal di atas, mengikut metro hari nie punyer citer..gadis2 nie memberi alasan wang dan keperluan hidup yang tinggi sebagai alasan mrk terlibat dlm profesion yg tak diiktiraf nie. mrk kater sebulan keje boleh dpt RM10k. jadik, aper kelas keje biasa yg gaji ciput2..keje 10-20 thn baru nak cecah byk tu, klau pun bernasib baik. jadik lebih baik jadi teman sosial dari jadi eksekutif biasa yg perah otak semata2 nak dpt 3-5 ribu sebulan.

geleng-geleng...

satu lagi attitudes zmn moden yg  bahaya ialah biler semuanya nak cepat , mudah dan segera. cepat segera tu mmg ler baik tapi tgk context jugak, contohnya bab menyiapkan tugasan penting or urgent ker. tapi takkan sampai nie pun nak cepat, mudah dan segera?? agaknya tu pasal ramai yg terlibat dlm aktiviti jenayah samun, edar dadah, jadi teman sosial/pelacur..sebab ini cara cepat dan mudah dpt duit banyak tanpa perlu keje lebih. aper punyer attitudes. 

agaknya mrk lupa, mmg cepat dan segera tapi selalunya yg cepat dan segera yg mcm nie lah yg dtg jugak dgn risiko yg amat tinggi dan selalunya mmg akan menjahanamkan hidup..kalu tak sekarang kemudian hari. skrg nie tgh bergetah dan muda mmg ler enjoy sakan, tapi sampai biler?? ader yg kater, sementara sajer, bila dah cukup duit berhenti lah dan buat bisnes. aik...timbul isu lain pulak dah..halal haram..dan keberkatan. 

satu benda yg perlu kiter ingat dlm hidup ini ialah setiap apa kiter lakukan, ia bukan satu2 segment yg terasing dan tidak memberi kesan pd aper2 yg lain dlm  hidup kiter. tidak. A akan effects B, B effects C dan strusnya. apa yg sy nak ckp disini ialah pentingnya membetulkan cara kiter dari awal lagi. bagaimana yg bengkok itu boleh kita harapkan lurus  penghujungnyer??

teori-teori
kalu nak ditundingkan jari, ada byk alasan kiter boleh bagi mengapa semua nie berlaku. agama, nilai budaya, cara dibesarkan, masyarakat..senarainya takkan habis..inilah yg dikatakan sbg domino effects. tumbang yg satu maka tumbanglah yg lain2nyer. 

benci wang
kdg2 biler sy memandang wang, sy rasa geram dan sakit hati. saperlah yg invent nilai wang  dan menjadikannya begitu penting spt yg ada sekarang sehingga ia menjadi raja dlm hidup semua orang dan  dalam menentukan kehidupan kiter. orang lakukan aper2 sajer semata2 utk mendapatkan wang. suka atau tidak, kiter bekerja utk wang..kerana dgn wang itulah baru kiter dpt aper kiter nak.

dulu wang kepentingannya takderlah mcm sekarang. skrg nie, every single things they measure with money. dulu guna wang jugak tapi bukan diperlukan dlm semua perkara. ader 2-3 benda jer yg perlukan wang. skrg kencing pun nak wang. zmn dulu, bertani sendiri utk dptkan sayur, pelihara ayam sendiri utk mkn daging, buat sabun sendiri, buat rumah sendiri...buat kain sendiri. zmn dlu rasanya takderlah se-stress nie rasanyer. takder wang pun boleh relax lagi, boleh makan, boleh hidup dll. 

kiter jadi mcm nie kerana tangan kiter sendiri. kiter mencipta satu sistem msykt yg menyusahkan diri sendiri akhirnya. tapi nak buat mcm ner??? teringat kata2 seorang teman, filem the matrix itu sbnrnya dpt menggambarkan kehidupan yg kiter lalui sekarang. dlm erti kata lain, ada manusia dlm dunia nie yg begitu powerful yg scr halus mengawal dan menentu cara hidup kiter. walaupun kiter tak suka tapi kite tiada pilihan melainkan ikut. namun siapa orangnyer/organisasinya..itu kena kiter fikir dimana punca mslhnyer...




Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…