Skip to main content

Tiada mampu berdusta

Di dunia ini, manusia yg bijak menipu bisa saja melepaskan dirinya dari kesalahan. Malah keadilan dlm institusi kehakiman itu sendiri boleh dimanipulasi oleh orang2 yg bijak memahami percaturan perjalanan dan proses perbicaraan mahkamah. Berapa byk kes yg pernah didengar di mana seorang yg tidak bersalah dihukum penjara bbrp tahun sblm pesalah sebenar tertangkap, yg bersalah tapi tidak disabitkan kerana tidak cukup bukti dan sebagainya. Sungguh, ini menggambarkan kelemahan kita sbg manusia dlm melakukan pengadilan. Namun, sifat keadilan Pencipta itu sentiasa ada, sungguh mahkamah keadilan akhirat itu seadil2 neraca timbangan, tidak tersembunyi walau sedikit pun dari pengetahuan Allah. Pd saat itu bersaksilah malaikat2 pencatat malah tubuh badan ini sendiri akan menjadi saksi akan segala apa kita perbuat. Bagaimana bisa lagi menipu???

Janji Allah akan pengadilan yg benar:

Dan kami pada hari kiamat akan mengadakan timbangan yg adil, sehingga seseorang tidak akan dirugikan barang sedikit pun, dan kalu ada perbuatan sebesar biji sawi pun, nescaya akan kami kemukakan kepadanya dan cukuplah kami sebagai penimbang. Al-Anbiya ayat 47.

Dan timbangan pada hari itu adalah kebenaran (keadilan), maka siapa yg berat timbangan kebaikannya, maka itulah yg beruntung. dan barangsiapa yg ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang2 yg merugikan diri sendiri, disebabkan mrk selalu mengingkari ayat2 kami. Al-Araaf, ayat 8-9.

Kita sentiasa diperhatikan dan disaksikan:

Bagi manusia ada malaikat2 yg mengikuti bergiliran, di muka dan dibelakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Ar- Rad ayat 13.

Apakah mereka mengira, bahawa kami tidak mendengar rahsia dan bisikan2 mereka? sebenarnya kami mendengar dan utusan-utusan (malaikat) kami selalu mencatat di sisi mereka. Az-Zukhruf ayat 80.

Padahal sesungguhnya bagi kamu ada malaikat2 yg mengawasi pekerjaanmu, yg mulia disisi Allah dan mencatat pekerjaan2mu itu. mereka mengetahui apa yg kamu kerjakan. Al Infithaar ayat 10-12.

Setiap kita ada buku rekod:

Inilah kitab (catatan) kami, yg menuturkan kepadamu dgn benar, kerana sesungguhnya kami telah menyuruh mencatat segala perbuatan yg pernah kamu kerjakan. Al-Jatsiyah ayat 29.

Rekod yg tidak menipu: (CCTV blh terlepas pandang, rekod kedatangan blh dipadamkan tapi yang ini..)

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang2 yg bersalah ketakutan terhadap apa yg tertulis dikitab itu; dan mereka akan berkata: aduhai celaka kami! kitab apakah ini? yg tidak meninggalkan yg kecil dan tidak pula yg besar; tetapi ia mencatat semuanya dan mereka dapati apa yg telah mereka kerjakan ada tertulis dan tuhanmu tidak menganiaya seorang pun jua. Al Kahfi ayat 49.

Tidak cukup dgn itu...

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap mereka tentang apa mereka kerjakan.Al-Fushilat ayat 20.

Dan mereka berkata kepada kulit mereka: mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? kulit mereka menjawab: Allah yg menjadikan segala sesuatu pandai berkata telah menjadikan kami pandai pula berkata, dan dialah yg menciptakan kamu pada kali pertama dan hanya kepadaNya lah kamu dikembalikan. Al-Fushilat ayat 21.

Kamu sekali kali tidak dpt bersembunyi dari persaksian pendengaran, penglihatan dan kulitmu terhadapmu, bahkan kamu mengira bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dari apa yg kamu kerjakan. Al-Fushilat ayat 22.

Sungguh manusia tidak mampu berdusta pd hari berlaku pertimbangan yang adil. Allah memang Maha Mengetahui. Muhasabah dipagi hari utk renungan bersama.

Comments

deeja said…
salam..ziarah&psahabatan....../slmt hari raya yg bakal tiba

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…