Sunday, March 12, 2017

Kalau mencari teman...






kisah duka ulang berulang
hati luka cinta kecundang
bagaikan bunga
kembang dipuja layu dibuang
bercintalah berpada-pada
usah serah segala
turutkan hati turutkan rasa
diri sendiri akan binasa ....

Saya ni silent reader FB Kisah Rumah Tangga. Ramai followers KRT ni. Mungkin anda salah seorangnya. Cerita tipikal, masalah rumahtangga, masalah ipar duai, masalah tersalah pilihan..dan pelbagai lagi isu-isu rumahtangga. Rajin juga melayan lepas balik kerja. 

Bila dah banyak kali baca hal rumahtangga bermasalah ini, saya dapat melihat satu pattern tingkah laku dalam pemilihan pasangan; iaitu kita ignore 'warning signs' tingkah laku bermasalah bakal suami/isteri kita, sebaliknya terus memilih atas pelbagai perkara - biasanya atas alasan cinta. Misalnya, kita tahu pasangan kita itu playboy, kaki lepak, kaki merokok, penagih dadah yang belum insaf, pemalas dan suka bertukar-tukar kerja, tidak menjaga agamanya dll; but yet, you still decide to get married to that person. Mungkin over optimistik di sini, meaning that..you expect that person to change for the better lepas kahwin nanti.

The truth is, unlikely...

Memang ada yang berubah jadi baik selepas berkahwin, namun, mengandaikan pasangan akan pasti berubah selepas berkahwin adalah satu perjudian yang berisiko besar, lagi-lagi sekiranya, pengharapan itu lebih banyak datangnya daripada diri kita sendiri, bukannya atas kesedaran sepenuh hati pasangan kita yang bermasalah itu tadi. Dia tak cakap pun nak berubah, tak cakap pun nak berhenti dari tabiatnyer, na-da! Cuma anda yang mengharap, memasang angan-angan akan perubahan itu. Anda sebenarnya sedang mempertaruhkan masa depan perkahwinan ke dalam satu risiko besar. 

Perempuan ini soft spot nya ialah dihati. Perempuan selalu kalah oleh perasaan, cinta dan kasih. Lalu, seringkali mengabaikan 'warning-warning signs' ini dan terus memilih pasangan tersebut, walaupun pada masa yang sama, ada orang lain yang mungkin lebih baik boleh menjadi pilihan. Tapi sebab penangan cinta tadi..maka kerana cinta, ku turutkan hati. 

Love is blind...

Jadi orang-orang yg membuat pilihan inilah kemudiannya yang membanjiri KRT dengan pelbagai penyesalan, tekanan perasaan dan cabaran berumahtangga yang bukan sedikit. Itu yang kita dengar macam-macam - culas laksana tanggungjawab, jadi biawak hidup, suami tidak mahu bekerja, tahi judi, kaki dadah dan sebagainya. Bila kita lihat huraian ceritanya, kita dapat tangkap bahawa tingkah laku bermasalah ini memang telah sedia diketahui oleh si suami/isteri ini tadi. Tapi mereka memilih untuk ignore masalah ini. Cuma ada juga segelintir yang tak bernasib baik, jadi mangsa penipuan, tidak tahu tabiat tak elok pasangan dan hanya mengetahuinya apabila berkahwin. Kadang-kadang, saya terbaca juga komen sinis pembaca seperti:

eh ko dah tahu kot dia dari awal dah ada masalah ni, yang kau nak kahwin jugak dengan dia kenapa? dah tu mengadu kat sini menyesal bagai. kenapa dari dulu lagi kalau kau dah tahu dia mcam tu kau nak jugak kahwin? itu menempah masalah? kami jugak yang dengar kau dok tak puas hati itu ini dalam rumahtangga kau. kau yang pilih kan?

Ha, sentapkan!! Tapi dalam kasarnya bahasa itu, terselit juga kebenaran.

So, perkahwinan ini satu perkongsian hidup, jadi kita perlu pilih partner yang boleh membantu kita mencapai 3 perkara dalam perkahwinan - sakinah, mawaddah, warahmah. Jadi, saya kira pentingnya kita membuat pilhan yang sebaik mungkin. Sebaik mungkin maksudnya kat sini, memilih bukan sekadar cinta. Cinta sahaja tak cukup. Kena teliti banyak perkara, sikapnya, gaya hidupnya, agamanya, pergaulannya, tabiatnya, kelemahan dan kelebihannya. Kenapa? Kerana semua ini mempunyai pengaruh dalam membentuk rumahtangga kita akan datang. Jadi, kalau ada orang pertikai 'terlalu pemilih!'; sejujurnya, memang kena jadi pemilih!!

Jika rasa diri kita ni terlalu beremosi, hingga bias dalam membuat pilihan, mintalah pandangan orang yang kita percayai boleh memberikan bimbingan yang rasional. Paling penting, istikharah. Tidak pernah rugi orang yang istikharah dalam membuat sesuatu perkara. Ini Allah yang memberi jaminan. Ye, pengetahuan manusia sangat terhad, sedang Allah maha mengetahui, jadi sebaiknyalah Dia tempat kita bersandar.

Kalau pasangan kita itu sememangnya ada kisah hitam, yang penting keinginannya untuk berubah. Biarlah perubahan itu datang dari hatinya sendiri dan anda nampak kesungguhannya berubah. Tetapi sekiranya anda yang beria-ia nak dia berubah, sedang empunya badan relaks dan tak fikir ke arah, itu, sewajarnya anda mempertimbangkan keputusan dengan lebih serius dan penuh kesedaran akan cabaran-cabaran rumahtangga yang anda mungkin hadapi apabila berkahwin dengannya nanti. Bersediakah? 


Akhir kata; dengarlah lagu ini, sambil joget, kita cuba hadam mesejnya. <3 p="">


No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...