Posted on Thursday, May 26, 2016

Tips temuduga kemasukan universiti

Agak busy dengan urusan dunia, bertebaran di muka bumi Allah ke sana sini, atas urusan kerja dan menemani suami. Jadi agak tiada masa untuk bermonolong di ruangan ini. Hari ini nak sentuh sikit pasal tips temuduga kemasukan universiti. Kini, berlaku trend temuduga kemasukan ke beberapa program di universiti seluruh Malaysia. Kalau dulu mungkin ada kursus yang permohonannya tidak perlu melalui temuduga, tapi sekarang kena melalui proses temuduga. Saya nak bagi pandangan dan tips sedikit kepada ibu bapa dan pelajar lepasan matrikulasi, spm dan stpm yang masa kini mungkin sedang melalui proses permohonan temuduga untuk kemasukan program pilhan mereka. 



Contoh paling dekat ialah program psikologi di fakulti saya sendiri yang telah memulakan proses tapisan kemasukan program melalui temuduga. Alasan yang diberi ialah kerana jumlah permohonan yang tinggi untuk kursus psikologi di pusat kami, and kebanyakan calon yang memohon adalah layak dari aspek akademik. Jadi, kami perlu temuduga bagi memastikan calon yang benar-benar layak, all rounded yang kami boleh pilih. Selain itu faktor bilangan tempat yang terhad sedang permohonan menjangkau ribuan. Jika anda terpilih untuk temuduga, bererti anda 50% sudah berjaya. 

Perlukah takut? Jangan takut, yang menemuduga itu juga manusia. Namun saya ingin highlightkan di sini beberapa aspek yang saya ingin perturunkan bagi memastikan adik-adik ini boleh meninggikan peluang terpilih melalui proses temuduga. Kita usaha terbaik, tapi kalau dah cuba semua tips ini masih tak berjaya, jangan saman saya pulak, ini juga bergantung kepada rezeki Allah taala. 


  1. persediaan dokumen. pastikan dokumen yang diperlukan untuk temuduga disediakan lebih awal. ada pelajar yang datang dengan dokumen bertaburan, time masuk bilik interview itu lah baru nak susun dan keluarkan dari fail untuk diserahkan. serabut. first impression?? so elakkan ini dengan buat persediaan awal. tunjukkan kepada penemuduga anda bersedia. jika tidak pasti dokumen apa yang perlu dibawa, jangan malu segan call nombor tertera dalam surat temuduga itu and tanya apa dokumen yang perlu disediakan, salinan dan original. 
  2. pastikan anda tahu jam dan tarikh temuduga. buat calculation time and jarak perjalanan anda ke tempat temuduga. jika dah tahu rumah tu kat KL, memang sentiasa jem, maka uruskan perjalanan anda dengan lebih awal. lebih baik sampai awal dari sampai lambat. jangan sampai bilik temuduga 10 minit lewat, termengah-mengah dan berpeluh-peluh. ada penemuduga bertimbang rasa, ada yang akan mempersoalkan kelewatan anda. melainkan ada alasan munasabah seperti kereta pancit tengah jalan, jangan bagi alasan jem. setiap orang tahu jem adalah perkara yang perlu dijangkakan. okay, jika terlewat jugak??? call pengurusan bertanggungjawab dan cuba nego, jelaskan situasi anda dan mintak pertimbangan, sekiranya ada temuduga lagi pada tarikh lain misalnya keesokan hari, bolehkah anda masuk pada slot time tersebut? Nego!! Dunia belum berakhir.
  3. penampilan. tidak perlu pakai baju ala datuk vida qu puteh. first impression memang penting, tapi jangan over do it!! Pakai sederhana, tapi kemas itu penting. kami tak kisah pun jenama baju anda, asalkan ia proper untuk di bawa ke temuduga. jangan pakai selipar jepun, pakai jeans, skirt pendek, baju seksi. warna tak kisah sangat, apa pun boleh, kita rakyat malaysia suka warna warni. mak bapak, tolong ringankan mulut tanya anak2 yg nak temuduga tu, pakai baju apa, check dulu baju yang diaorang nak pakai. ada pelajar tak kisah or simply ignorance pasal etika berpakaian ni. bagi dia indie itu versatile. belasah mana-mana pun pakai. and jangan simply fikir anak kita tahu semua cara nak interview. ada yang masih tak tahu!! so please ambil berat sikit. 
  4. konfiden. konfiden itu penting. bila diminta bercakap atau melakukan sesuatu, jangan segan dan malu. jangan segan jika salah!! sebenarnya kami tak kisah sangat pun anda betul or salah, yang penting level konfiden tu kena tinggi. kami nak tengok keberanian anda jer sebenarnya. especially jika diminta speaking dalam interview. takper, kelaut pun speaking anda tu. kami pun bukan perfect bebenor nak perlekehkan grammatical errors anda. yg kami nak tengok ialah kesanggupan anda mencuba. di situ kami tertarik. 
  5. menyerlahkan diri. biasanya interview dilakukan secara berkumpulan dalam 5 orang. jadi kami ada banyak muka yang nak diperhatikan. jadi anda kena kreatif untuk memastikan kami 'nampak' anda. jangan takut volunteer untuk jadi yang pertama menjawab soalan. jika takder soalan, awak tanya panel tu balik. hehe. tapi jangan macam nak perlekeh panel pulak. tanya in a sense of nak nampak awak benar-benar berminat kepada kursus yang dipohon.

  1. study background kursus. kata minat psikologi sejak dalam rahim ibu, tapi bila tanya apa bidang psikologi anda minat? ke laut jawapannya!! ha sila jangan menjerat diri. logiknya, orang yang minat sesuatu bidang, kurang-kurangnya tahu benda-benda asas dalam bidang tersebut, seperti teori dan tokoh terkenal dalam bidang tersebut. jadi study dulu yer. tapi kalau dah minat, info tu dah tersedia dalam kepala kan??
  2. x factor. macam saya cakap sebelum ini, academically, yg terpilih temuduga tu dah memang layak pun. anda setara dengan calon-calon lain. cuma anda kena ada trick utk menonjolkan keunikan x factor anda yang membuatkan anda berbeza, bersinar dan bernilai untuk dilepaskan begitu saja. so, bila panel tanya, apa special talent yang anda ada?? jangan jawab soalan skima yer. saya bagi tahu ikut pengalaman bidang saya, bila tanya apa x factor awak, jawapan tipikal ialah saya pendengar yang baik, saya tempat meluah perasaan, saya tahap kesabaran tertinggi dll. percayalah, dalam 5 orang tu, semua akan mempunyai jawapan yang sama. apa yang kami nak bila kami tanya x factor anda, ia mungkin tidak nampak dalam resume and cv anda. kami dah tahu anda ni semua cemerlang koku dan akademik, tapi apa lagi? yang takde dalam tu? yg kami perlu tahu? so jangan takut nak cerita kelebihan dan keunikan anda walaupun bunyinya mengarut. contoh, anda boleh menyanyi karaoke tanpa henti dari pagi ke malam, anda boleh 'moon walk', anda boleh mengait baju dan tudung saji, anda pandai masak and ada signature dish, chef wan pun kalah, anda boleh berbahasa jepun, anda pandai main gitar, anda pandai berpantun, anda pandai berlakon, bersajak, boleh panjat pokok kelapa dalam masa 3 saat. apa saja. konfiden dengan keunikan anda, be proud of it. kenapa? kami nampak spesial talent itu berguna nanti dalam pengajian anda. oh, boleh wakil pusat ini, oh ada bakat keusahawanan, oh boleh bawak ke rumah orang tua yang suka karaoke, you know benda2 gitu. nampak simple tapi signifikan!
  3. persediaan jangka panjang. kalau benar anda berminat dalam bidang tertentu, anda perlu dapat membuktikannya dalam aktiviti yang anda buat. contoh bidang psikologi berkait rapat dengan helping profession. mulakan strategi awal untuk terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti berkaitan bidang tersebut. jadi sukarelawan, bantu gelandangan, orang tua, kanak-kanak, menyertai badan ngos, organising charity etc. dari situ kami nampak kesungguhan tuh. barulah terbukti kan. jangan pulak cakap, 'oh saya berminat dengan manusia, saya memang suka tolong orang, saya suka membantu orang dalam kesusahan. tapi bila tanya, kalau dah benar minat sangat tolong orang, ada tak terlibat dgn aktiviti kesukarelawan? terlibat dalam aktiviti komuniti?? jangan bagi muka kerang busuk pulak. tak kongruen namanya!!

Itulah serba sedikit tips untuk temuduga. Serlahkan diri anda yg sebenar. Jika tidak ditanya so alan yang boleh highlightkan kelebihan anda,jangan takut bagi tahu. ANd jika diminta untuk tunjukkan kelebihan anda tu kepada ahli panel, just do it!!!

Good luck. 
Read More

0 Responses to Tips temuduga kemasukan universiti