Posted on Sunday, May 08, 2016

Jumaat, Sabtu, Ahad yang macam-macam

Melukis dah, now sesi meneroka lukisan

Khusyuk melayan lukisan masing-masaing

Tempoh hari sudah (Jumaat), mengadakan bengkel terapi seni (melukis) untuk pelajar master kaunseling. Ada request pada awalnya untuk menambah kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada. Yelah, kena pelbagaikan kaedah/mode dalam terapi/sesi kaunseling. Klien kita ni pelbagai ragam dan keperluan. Ada yang cakap mak ai tak berenti macam keretapi laju Jepun, ada yang cakap sejemput-sejemput, ada yang mungkin tak berbunyi kalau tak ditanya. Jadi, melukis salah satu kaedah yang boleh digunakan sebagai ekspresi perasaan/isu/masalah gitewww. Biasanya saya buat ni tak ramai, dalam 10 orang sebab mengajar kaedah experiental approach, kena rasa sendiri proses itu untuk lebih faham, kira mereka sendiri kena go through process ekspresi seni dalam kelompok kecik 5-5 orang. 





 Hari yang sama, pagi tu, on d way ke ofis, dapat perkhabaran, pelajar penyeliaan saya xin mi meninggal dunia kerana SLE. Memang terkejut dan sedih. Saya tak ajar students undergrad, tapi saya menyelia tesis mereka. Dia ni rajin budaknyer, baik tingkah laku. Last time jumpa dia, tak nampak pulak sakitnya, tapi kawan dia bagi tahu dia memang dah mula sakit sejak semester lepas. Ingat conversation terakhir kami 24 April lalu dia bagi tahu dia nak defer study sebab nak operate kepala, ada blood clot. Kena operate. Saya respons menyokong keputusan mendiang waktu itu. Saya kata, kesihatan lebih penting dari pendidikan. Kita boleh tangguh pengajian, dan sambung lagi, tiada had untuk itu, tapi kesihatan tak boleh tunggu. I wish her the best. Tup-tup...Dalam msg terakhir tu dia macam menaruh harapan untuk kembali menyambung pengajian, and berharap saya masih menjadi supervisor dia bila dia dah sembuh nanti. Tapi itulah, takdir ajal maut ditangan tuhan. Sekuat mana pun keinginan kita untuk hidup selamanya, satu hari nanti kita akan dijemput yang Esa. 










Habis jer bengkel terapi seni, saya shoot ke Kuala Selangor, untuk menziarah keluarga mendiang bersama pengerusi pusat. Mula-mula tak jadik pergi sebab rombongon pusat yang first dah bergerak awal, sedang saya masih terkial-kial dalam bengkel terapi. Ingat dah tak sempat. Tapi Allah punya kuasa, boss call tanya free tak petang sebab baru dapat info van yang diminta telah diluluskan, bergerak selepas solat jumaat. Okaylah. Dalam kelam kabut itu sempat jugaklah pergi ke sana. Kuala Selangor ni jaraknya agak jauh jugak dari Bangi, ada dalam roughly 1 jam lebih ke 2 jam untuk ke sana. Bertolak jam 3.30 petang, kami sampai ke ukm jam 9 lebih malam. Haa tu dia. Penat yang amat! Hari yang penuh dengan pelbagai aktiviti. Oh, sebelum tu, habis jer bengkel, saya sempat ke usrah sekejap baru bertolak ke Kuala Selangor. Agaknya itulah rasanya jadi YB/ADUN kawasan kot, memenuhi setiap permintaan, keperluan masyarakat. Sekali dua pun dah terasa hazab, apatah lagi kalau setiap hari gitu. Eeei, tidaklah saya. Syukur saya bukan YB. Ahaha. Tuhan lebih tau kemampuan saya. 


Semalam, aktiviti lepak di rumah and berzuma di fitness studio di bangi gateway. Balik jam 7 time hujan yang lebat amat. Jalan reko jem teruk kerana banjir kilat sana sini. Saya hanya dapat sampai ke rumah jam 9 lebih. Ya Allah, bayangkan, biasanya kalau jalan busy, agak2 dalam 30 minit saya boleh sampai ke rumah. Kalau jalan tak busy, 15 minit boleh sampai. Sempat singgah makan dulu, dan sambung balik perjalanan, itu pun jem tak habis lagi. Tawakal jerlah meredah banjir kilat. Harus berterima kasih dengan kereta alzaku ini, kerana ketinggiannya, aku dapat meredah banjir dalam keadaan selamat. Semalam ada beberapa kereta mati tak dapat start terperangkap dalam air dan moto pun banyak yang sangkut. Balik tu, lepas mandi apa semua, ketiduran tahap dewa. Dengan penat zumba, penat banjir kilat...tak ingat dunia. 

Oleh kerana semalam agak mencabar, so hari ni duduk rumah rehat-rehat, lepak2 and masak best2 cikit. Gitulah rutin harian hidup saya. Minggu depan ni banyak outing, ke kedah dan ke pahang pulak. 


Semalam jugak, pilihanraya negeri sarawak. Hehe, kawan-kawan tanya tak balik mengundi ker? Saya konfiden jawab, tak payah balik pun, saya yakin team Adenan menang. Wah, masin mulut ku, kui-kui-kui. Menang 72 kerusi daripada 82 kerusi keseluruhan!!! Menang besar!! Ada jugak yang tak puas hati BN menang di Sarawak. Chill-lah wei. Sarawak tak sama politiknya dengan semenanjung. Bila anda ada masalah dengan UMNO di sini, tak bererti kami ada masalah dengan parti komponen BN di sarawak. Biasanya kami takde sentimen marahkan nyamuk, kelambu dibakar. 

bunyi nak masak best macam hebat sangat kan, tapi syukurlah. ni rezeki Allah janjikan hari ni

Air kelapa, slurrp!! Sedap nih!! 
Okaylah, panjang bebel. Sekadar nak melepas gian menulis dan berekspresi. Selamat hujung minggu dan selamat bekerja esoknya. 




Read More

0 Responses to Jumaat, Sabtu, Ahad yang macam-macam