Posted on Thursday, August 15, 2013

Selamat tinggal HP Pavilion DV5

Selamat tinggal laptop kesayanganku T_T

Salam syawal kepada semua, macam ne raya memasing? Saya memang cuti sakan, keje tak tengok, email tak check and raya dengan sepuas hati :-) Penat tapi memang happy, keje lepas ni membalun, saya pasti ader banyak sedang menanti..sila kembali stres..

Hari raya ni selain bertemu ada jugak berpisah, saya akan berpisah dengan laptop paling gabak saya iaitu HP Pavilion DV5 T_T..sedih pulak rasa. Mulai hari ini dia akan berpindah milik kepada kakak saya yang tak sabar bebenor nak memilikinya. Bukanlah dengan maksud menunjuk, tapi laptop saya yang UKM bagi + beli sendiri + research dah ada 4 buah. Badan nak pakainya satu jer, so saya rasa amatlah tak patut saya memakai laptop dengan begitu tamak haloba. Satu laptop kecik saya dah 'pinjamkan' kan, now HP saya bawak balik kampung untuk didermakan pulak kepada kakak untuk digunakan. Kat rumah di Bangi, satu jer laptop nak pakai, yang lain kalau tak digunakan, memang satu pembaziran. Mudah2an owner baru akan menjaganya sebaik saya seperti sebelum ini. Satu lagi HP laptop untuk kuliah dan satu lagi terbaru untuk research. So now ader 2 sajer yang ader. 

Mengapakah aku sentimental pulak ngan laptop ni?? Sebab laptop ni aku beli tahun 2008 masa studi kat Melbourne, menggantikan laptop lama dulu. Memang sajer beli skrin besar sebab boleh menghadap lama tanpa rasa kepenatan sangat berbanding menghadap laptop skrin kecik. Actually laptop ini untuk games + entertainment tapi beli jugak sbb dulu kalu boring2 boleh tengok movie guna laptop, surfing internet pun best and of course dengar lagu. Semua lagu2 koleksi semasa di Melbourne ader lagi dalam tu, bila dengar balik, alahai, teringat pulak Melbourne. Laptop inilah penggubat kesunyian, buat keje dan macam-macam lagi. Dialah yang bersamaku susah senang di Melbourne dulu. Oh HP, berpisahlah kita hari ni. Harap2 usia kau akan panjang dan sihat selalu. Sayang kat ko laptop ku..

Sebab tu entri ini dibuat khusus, sebagai rekod bertulis tentang kewujudan mu yang pernah menjadi sebahagian dari diriku di Melbourne yang penuh pancaroba tu. Moga2, dengan mendermakan mu, engkau akan kekal aktif sehingga ke akhir hayat. itu lebih baik dari 'nyanyuk' dan berkulapok di dalam gerobok almariku kerana tak dipakai. 

Kalaulah kat sekolah rendah dulu, sudah pasti panjang karangan bahasa melayu ku tentang 'aku sebuah komputer'. I lap you forever. 


Read More

One response to Selamat tinggal HP Pavilion DV5

  1. Cengkih78
    August 18, 2013 at 1:38 AM
    insyallah wahai adinda ku lina..akan ku jaga sepertimana dirimu menjaga ia..akan pjg umo laptop mu ini kerana disisi ku sudah ada pakar dlm mengendalikan laptop mu ini..org lain tak boleh sentuh..hanya aku dan anak ku saja..org2 yg boleh dipercayai 100%..don wori my dear..mmg best2 lagu kat dlm ltop ini..i likeee!!!..thanks you very much my lovely sister..muahhhhh!!!