Posted on Monday, May 06, 2013

Post-election fever...its not end there i tell you!!

jalan masih berliku













Writing this blog while waiting for my flight this afternoon at 12.45 pm. Drinking my unusual drink - coffee latte..mind you i am not a coffee person, but i went to starbuck anyway so that i can charge my handphone and computer batteries. This electric stealer activity cost me RM13.45, the price of my coffee latte. I'm not even drink it. 


Soo..big story today, last night, when i was about to sleep, with not ready results of PRU-13 at hands, I was keep wandering, what would happen today?? I was a bit nervous...scared of my country's future. Aren't you??

So??

Banyak yang perlu dibincangkan oleh orang MELAYU, tentang kesepaduan kita dalam politik. Sejujurnya saya malu dengan orang cina yang nampaknya bersatu padu. Saya tak salahkan orang lain atau bangsa lain, saya salahkan orang Melayu sendiri, yang berpuak2, berparti2, tak boleh duduk satu kerusi apatah lagi dalam naugan satu parti. Sungguh sedih fakta ini. 

Melayu kini ada sub bangsa politiknya:

BN Melayu
PKR Melayu
PAS Melayu

So..apa nak jadik orang Melayu??? Pernah tak dengar pepatah menyebut BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH? Orang Melayu dan bercerai berai sekarang. Kita dok bergaduh sesama kita tentang politik. Sepatutnya idea utk kesepaduan Melayu disambut baik, bukan sebaliknya, tapi saya nampak usaha itu kerap kali disabotaj dengan pelbagai anggapan dan spekulasi negatif. 

Jika Melayu kehilangan Malaysianya, saya kira orang yang kita patut persalahkan tidak lain tidak bukan ialah ORANG MELAYU sendiri. 

Satu lagi saya tak suka, masih bertelagah dengan keputusan pilihanraya. Cukup2lah tu wei, keputusan dan ada, rakyat dah bersuara, udah2lah nak mengadu domba lain, patut terus pasang gear 5 dan laksanakan janji2 anda tu, bukan nak suruk orang demonstrasi lah, pakai baju kaler hitam lah, provokasi la, aper semua tu. Aper ke jadahnyer??? (meminjam dialog host ntv7 wan kamarul dulu). 

So hari ni, aku tengok ramai gak orang di FB black out kan FB wall diaorang dengan kaler hitam. Aku pakai  kaler putih hari ini, pada aku, cukup2lah aku dimomokkan oleh orang politik dalam kempen pilihanraya yang lalu. Aku pakai kaler baju aper aku suka..bukan ikut arahan sesapa. 

Cukup2lah...live must go on..masa berkempen dah tamat, jalankanlah tugas anda bagi yang menang. Ini bukan masanya nak kutuk mengutuk lagi, masa ini adalah masa anda MENGOTAKAN JANJI!!
Read More

0 Responses to Post-election fever...its not end there i tell you!!