Posted on Friday, May 10, 2013

minyak wangi clinique happy in bloom limited edition 2013

Sila abaikan latarbelakang imej perfume ini. Ni entri kebohsanan tgh tunggu 'supir' dtg menjemput nk antar g outstation. Lama benor!!!

Bg yg pnah baca entri sy barangkali tau sy tlh menjadi pengguna tegar produk clinique. Bukanler sesajer nk upgrade maintenance diri jd agak mahal giteww tapi ni jer produk muka saya suka. Muka sy ni sgtlah pemilih orgnyer..klu dier tak suka produk sy pakai ia boleh menukar dirinya jadi katak puru o_O

Berita gumbira lain ialah bibir yg juga boleh tahan pemilih dan enggan dinodai mana2 jenama gincu sblm ini nampaknya tidak bermasalah bila pakai gincu clinique.

Yang tak gembiranya ialah pastinya ongkosnya!!!

By the way..hari tu kt klia airport on d way departure tu sempat ler beli bbrp lg produk clinique dan termasuklah perfume clinique limited edition happy in bloom. Baru ku tahu clinique setiap tahun..spring season akan keluarkan minyak wangi special edition berbeza2 saban tahun. Sebelum ni..hada aku kisah??? Tapi sejak jadi customer clinique ni..barulah perasan semuanya.

Saya beli satu pada harga rm185.00 utk 50ml. Sblm ni pakai lancome miracle. Clinique happy in bloom ni boleh tahan baunyer..menyegarkan..agak berbeza dgn taste sy yg sukakan bau yg elegant. Bau perfume ni bila saya hidu first time terlintas dikepala ialah..

Easy going..happy go lucky..refreshing..and lot lot lots of smile :-)

Botol pun cute..ader bunga sedang mekar n ladybirds.

Sekali sekala pilih sesuatu yg berbeza menarik juga. So bagi sesiapa yg sukakan bau yg gembira..jgn terlepas clinique happy in bloom 2013 ni. Sesuai dgn namernyer..hati gembira di musim bunga.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read More

0 Responses to minyak wangi clinique happy in bloom limited edition 2013