Posted on Tuesday, January 22, 2013

Kisah Kucing


Semalam hampir saja saya membela seekor anak kucing tanpa dirancang. Ni semua gara2 kecomelan anak kucing itu dan hasutan kawan2 (memang korang ni). Memang sebelum ini pun berhajat nak bela seekor atau dua bila dah ada landed house tapi sbb la ni duduk apartment, impian tu terpaksa dilupakan. Tapi ntah naper, semalam tergerak pulak hati nak ambik seekor anak kucing comel yang sedang bermain2 di kaki tangga danau UKM, masa saya dan rakan2 gi lunch sana. Actually dah bawak balik pun..dah mandikan..dah main2 ngan dia and bagi dia makan susu (asyik datang dua tiga kali kat tempat bekas susu)..agaknya susu tu sedap lemak berkrim..memang best pun susu segar tu..fresh farm ker aper brandnyer..mmg sebijik rasa susu yang saya selalu beli masa kat Melbourne dulu.

Dijadikan cerita, puaslah memikir patut ker tak patut. Last2 petang tu jugak saya hantar kucing belum sempat bagi nama ni balik semula ke kampung halaman dia..jinak jugak kucing tu and comel. Gambar tak sempat pulak ambik. Hajat bukan main besar tapi tak realistik!

Habis kalau gi outstation ker balik lewat ker nak hantar maner?? takkan bagi duk sorang2, kang mati kering kucing tu. Dari niat membela terus jadi mendera. Boleh jer antar kat kedai pet and duduk hotel kucing, tapi mengenangkan pulak..nak kumpul duit pindah rumah la, ubah suai rumah..nak gi Turki la..umrah lah..aiyo..jadi terpaksalah aku beralah dengan perasaan. So kucing tu dah puas main2 kat rumah dan kenyang, saya hantar balik. Sbb dia penat agaknya kena blasah mandi ngan kena sembur hair dryer, kepenatan menjerit2 takut dia pun tertidur dengan nyenyaknyer kat tempat asal dia. Huhuhu..sorry kucing. 

Sempatlah gi survei kedai pet kat seksyen 7, mmg kalu bagi permulaan mmg mahal gak, sangkar jer dah mau nak RM200, tempat main lagi, bekas makan, makanan lagi, syampu lagi, tempat buang najis lagi, buang bulu, buang kutu..buang sana sini..memang membuang jugaklah RM500-600. Memang cancellah jawabnya buat masa ini. Nasib baik tak citer ngan orang 'tut'. kalu tak sure kena 'marah'. Heee. 

Insya allah, bila dah clear urusan2 besar tahun ini, kucing akan masuk rumah saya jugak akhirnya dlm keadaan proper. 
Read More

0 Responses to Kisah Kucing