Skip to main content

Mencintai kerja

Kehidupan sekarang memerlukan kita bekerja untuk kelangsungan hidup. Dalam sepuluh orang yang kita kenali, hanya seorang dua yang tidak bekerja, itupun samada:

tak dapat pekerjaan
malas
terlalu kaya

itu tak termasuk orang2 tua dan kanak2 yg memang bukan dlm usia bekerja. dalam berpuluh2 tahun kehidupan kita, banyak dihabiskan dengan bekerja. paling kurang pun 8 jam sehari. ada profesion yg melebihi dari itu - misalnya pekerja sektor perkilangan 12 jam sehari T_T

Sbb itu penting rasanya untuk mencintai, paling tidakpun menyukai sedikit apa yang kita kerjakan to earn a living. Dengan workload kerja zaman sekarang yang begitu banyak, tak boleh bayangkan jika kita bekerja dengan perasaan tension berpanjangan, stress, benci..itu semua boleh memberi kesan negatif pada diri untuk jangka masa panjang.

Oleh itu, belajarlah mencintai apa kita kerjakan. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan kerja sebagai ibadah, kerja sebagai amanah, dan kerja membantu kehidupan orang lain lebih baik. Mempunyai kawan2 sekerja yang baik juga penting, kerana takder orang yang boleh tahan duduk dalam pejabat yang penuh politik/gosip/skandal/permusuhan. bila kerja untuk organisasi, kita harus kerja dalam kumpulan, jika ahli-ahli bertelagah dan tak sekutu..memang sengsara..dgr perkataan pergi kerja pun boleh tension. bagi yang blum atau masih mencari2 pekerjaan, rasanya kena mengenali diri sendiri dulu supaya dapat memilih pekerjaan yang bersesuaian minat, kebolehan dan kecenderungan.

pantang - jangan memilih sesuatu pekerjaan kerana 'orang itu mahukan saya kerja ini' sedang jiwa dan hatinya ke lain. ini pun boleh menyebabkan sakit jiwa bila kerja tak diminati. motivasi pun takder and asyik memonteng saja. pilih pekerjaan ini macam pilih suami/isteri, kena pilih betul2.

bagi yang dah terjebak dlm pekerjaan yang tak disukai dan tak boleh nak u turn - kena belajar mencari yang baik ttg pekerjaan yg ada. tak kenal maka tak cinta.

tapi kalau tak boleh jugak - mungkin talak pekerjaan itu yang terbaik.

selamat bekerja

Comments

~~zAnAfAhMi~~ said…
Assalammualaikum, lama tak dtg sini. Dik, akak cintakan keje2 dapur akak ni. Biarlah tak glamer, takpe, asalkan akak bahgia.
Cengkih78 said…
betul tu kak, sebenarnya bahagia hidup jadi surirumah nie percayalah. ada ramai pompuan di luar sana (termasuk saya) ingin jadi surirumah sepenuh masa.

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…