Posted on Thursday, March 31, 2011

kuliah terakhir..


Arrrrrrrggggh...! Leganya..! Habis sudah kuliah terakhir baru sekejap tadi. meninggalkan tips2 exam tuk students dan juga amanat terakhir (kihkihkih). Sy mengajar students tahun akhir, so masing2 excited dan nervous nak keluar dari universiti dan memulakan kehidupan yg sebenarnya di luar sana...

luar sana...mcm2 blh berlaku, yg terbaik di kelas tak semestinya terus melakar kejayaan. dari pengamatan dan pengalaman sendiri, disinilah kita akan melihat kuasa sebuah TAKDIR saling mempengaruhi siapa kita sesudahnya. tapi tak bererti kita hanya duduk menunggu, usaha itu perlu. yg sederhana mungkin jauh lebih berjaya berbanding yg cemerlang. ada byk faktor memainkan peranan. tapi dlm mengharungi cabaran hidup baru yg lebih realistik di luar sana...sikap optimistik itu perlu ada dan tak gentar pada cabaran dan kesukaran.

pelajar2 tadi pun mcm sedih msg2 kerana akan meninggalkan dunia yg begitu sebati dlm diri mereka. yelah, dari kecik sampai laaaa ni duk belajaq. pastinya meninggalkan universiti adalah satu big step bagi mereka dan satu turning point baru dlm hidup. pastinya sentimental value itu akan kekal tersemat.

dan kuliah itu bukan yang terakhir..kerana hidup ini adalah pelajaran dan pengajaran. mungkin kelasnya bukan lagi dgn kerusi meja dan LCD dan laptop juga pensyarah comel (ehem..) tapi dunia di luar sana itu..masyarakat..adalah kuliah dan kelasnya. jauh lebih rumit, jauh lebih mencabar. mungkin tiada assignments, mid term mahupun final exam, tapi ujian boleh saja datang bila2 dan siapa2 boleh jadi examinersnyer. 

jauh di lubuk hati, sy mahukan yg terbaik utk anak didik. sy mahu mereka berjaya dan menjalani kehidupan dgn sejahtera. sy mahu mereka berjaya. melayu, cina, india..siapa pun jua..

selamat bergraduan, dan menempuh kehidupan yg sebenar2nya..

welcome to the real world..

Read More

3 Responses to kuliah terakhir..

  1. maiyah
    March 31, 2011 at 10:48 PM
    assalam..

    slmt menempuh masa hdpn buat suma graduan ;)
  2. Alice
    April 1, 2011 at 12:37 PM
    ewaaah...jiwang...jiwang....did I smell something? jiwa seorang pendidik
  3. Anonymous
    April 25, 2011 at 3:16 PM
    Cik Salina..tqsm for every single thing..i really do appreciate it!=)(Syaza,3rd Year Psychology)