Monday, May 18, 2009

koleksi lawak 2

Sengau
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas "Vang.. vas nih fegi hamfang ke... ? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu. "kenapa awak diam tadi? kesian dia... "
Pemandu itu pun menjawab: "Masham mana haya nak hawab... . haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!... ... .." (macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)... "

Tok batin sombong
Seorang askar rejimen PPH berjumpa dengan Tok Batin. Mereka mula bersembang pasal makanan, dari makanan kampung sampailah ke makanan western. Tok Batin tu tak mengaku kalah, tiap-tiap makanan yang diceritakan oleh askar tu semuanya dia dah try. Mula-mula cerita pasal KFC, "Tu shaya dah terai dah, shedap... .." Lepas tu cerita pasal Pizza Hut, "Tu shaya dah terai dah, shedap... .." Lepas tu MOS Burger, "Tu pun shaya dah terai dah, shedap... .." At this point, askar tu dah syak Tok Batin ni nak temberangkan dia. Dia nak mengenakan Tok Batin tu pulak. Askar tu tanya, "Tok Batin pernah makan kari kepala ikan ?". "Tu pun shaya dah terai dah, shedap... .." Askar tu tanya lagi, "Tok Batin pernah makan kepala keretapi ?". "Tu pun shaya dah terai dah, shedap... .."

Ulama dan pramugari
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.
Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.
Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri... ) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Peramugari: (dengan sifat angkuh... ) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari... ..

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...