Skip to main content

kecil sungguh dunia nie..

bbrp bulan lalu, pernah seseorg 'menjenguk' email sy dan menceritakan mslhnya. kebetulan, punca mslh ada di Melbourne. gambar turut disertakan sekali.
'nanti mesti jumpa dia, mesti terserempak dgn dia..' katanya penuh harap.
'hmm, agak susah rasanya..' skeptikal. bukan apa, memandangkan sy nie 'nenek kebayan' umah ujung tanjung and keluar dari persembunyian sekali sekala, manakah mungkin? mungkin yg amat payah. orgnya sy tak kenal.
'kalu jumpa ingatlah..apa dia pernah buat pd sy.'
'iyer' sambil gigit jari dan cuba 'ingat rekod2' yg dicatatkannya.
saya lupa sesudahnya. hinggalah semalam, bila mana menerima tetamu baru di halaman rumah, menghantar sahabat balik ke Msia. wajah itu sungguh mirip. berkereta putih dan amat peramah. kami bertukar2 maklumat ttg diri msg2, dia berminat nak tau pengajian apa, tahun berapa etc sedang di dalam fikiran sy sungguh busy mencerna apa yg pernah sy dgr sebelumnya.
'is he the one?'
teringat pula kata2 seseorang. berhati2, barangkali ada yg cuba membuat onar. patutkah kita bersangka buruk sblm kenal orgnya?
tapi keburukan dan kesalahan mmg jauh lebih diingati dari kebaikan. ia lekat dan memberi kesan lebih lama. kajian psikologi mengatakan. kebaikan seribu tahun blh ilang dgn satu kesalahan or kejahatan. hmmm..complicated.
dan keciknya dunia nie. blh jumpa? i know what i know, but i hold it. tapi spt NortonAntiVirus yg berhati2 pd spyware, viruses, spams etc yg blh memberi kesan buruk pd komputer, pertahanan diaktifkan. lampu merah 'berhati2 menyala.'
jangan dekat..ada bom ditanganku.


Comments

Alice said…
sapa orang misteri tu? nak ngorat ke? maybe he's the one u've been looking for...hahahahaha
umi_e said…
dunia ini memang kecil :P
Cengkih78 said…
alice,

no lah. i am not looking for anybody here hehehe.
Doralin Lee said…
Wah! Serius bunyi post ni.... Ya, kita memang kena berhati-hati kalau dah kena sekali dgn orang yang pernah buat sesuatu kat kita...

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…