Saturday, May 23, 2009

Pelajar Malaysia menderita?

saya tertarik dgn paparan isu di the star hari nie, berkenaan pandangan bbrp universiti di UK (tempat pelajar Msia paling ramai berada utk melanjutkan pelajaran) ttg pencapaian pelajar malaysia yg luar biasa - dgn byknya A's dlm semua subjek diambil. ironiknya, jika msykt kita membanggakan pencapaian ini, mereka berpandangan sebaliknya. memetik langsung kata2 itu:

British Council education director Peter Clack said some British universities were “put off” by the number of A’s which Malaysian students boasted about.

put off disini bererti -" Cause to feel intense dislike or distaste" dgn lain perkataan - tidak suka or kurang menggemarinya.

sebaliknya, mrk lebih cenderung kepada pelajar yg all rounded - seimbang akademik dan penyertaan sosial dlm aktiviti luar (ini termasuklah sukan or persatuan, kelab, komuniti dll). saya kadang2 bimbang akan arus budaya ini yg mendominasi kebanyakan ekspektasi orang dewasa ttg anak2 di sekolah. perlu cemerlang, terbaik, pulang dgn rekod sentiasa cemerlang. anak2 dijanjikan pelbagai ganjaran atas kecemerlangan. ini, dari satu aspek sesuatu yg baik kerana kita mendidik anak2 cemerlang dlm akademik, tetapi penekanan yg 'keterlaluan' blh memberi impak negatif yg tak terjangka.

manusia diberikan Allah pelbagai kelebihan. ada diberikan kelebihan dari segi kepintaran otaknya dlm pelajaran, ada juga diberikan kelebihan dari aspek lain. mrk mungkin kurang cemerlang akademik tapi berkebolehan dari segi teknikal dan kemahiran. disinilah blh timbul mslh apabila budaya kecemerlangan akademik mendominasi tuntutan kebanyakan ibu bapa sehingga ada ibubapa sukar menerima anaknya yg 'kurang pandai akademik'. dan ini juga blh mempengaruhi cara kanak2 melihat diri mereka, gagal akademik bererti gagal hidup etc. kerana itu ada bbrp tahun lalu berlaku kejadian murid sekolah bunuh diri kerana gagal pelajaran. barangkali harapan dan jangkaan yg melampau hingga sukar bertoleransi kepada kegagalan.

pelajar yg sihat ialah pelajar yg seimbang akademik dan kehidupan sosialnya. apalah guna mempunyai anak yg memiliki IQ genius tapi EQ rendah sehingga menyukarkan dia menyesuaikan diri dan bergaul secara sihat dgn komunitinya. dlm byk perkara, keseimbangan dan kesederhaan itu yang terbaik.

'it's worrying to see that the academic side is seen as more important than the mental and emotional sides of education.'

ibubapa mempunyai peranan penting disini. jgn terlalu memberi tekanan anak utk berjaya. galakan itu lebih penting, tapi bukan galakan berbentuk tekanan. ibubapa juga perlu realistik, mengenalpasti kelebihan dan kekurangan anak2 penting supaya kita tidak memberi 'tekanan' pada perkara yg tak sepatutnya dgn kesesuaian dan kebolehan yg ada pada anak kita. dan perlu juga diingatkan bahawa kecemerlangan hidup seorang insan, menjaungkaui kecemerlangan akademik. tafsiran kejayaan itu besar dan tak terhad pada berapa A's yg kedapatan di dalam kertas ujian. kerana jika kita cukup peka pada cerita2 kecemerlangan manusia di dunia ini, tidak semuanya cerdik pandai genius spt Albert Enstein. ada ramai yg termasuk kategori 'mcm kita-kita nie'. tapi mrka tetap cemerlang dlm bidang msg2 kerana memiliki aset diri yg sesuai. akademik membantu kecemerlangan, tapi bukan satu2nya.

jangan disisihkan anak gagal akademik sbg gagal hidup. inilah masanya membuka minda dan perspektif lebih luas ttg erti kecemerlangan hidup sebenar. ada byk ruang utk diisi. ia tidak pernah terhad. yg menghadkannya adalah minda dan pandangan kita tentang sesuatu itu. terokailah ruang2 lain yg ada. kerana Allah sifatnya pemurah. dia tidak mengurniakan kejayaan hanya pada org yg cerdik pandai saja. asal kita sanggup membuka mata hati kita luas2, akan nampak jalannya.

teringat cerita teman di sini. cukup risau dgn anaknya yg bersekolah di australia krn 'terlalu relax, mereka lebih bnyk melukis, bermain aktiviti. setiap minggu kena bwk anak keluar berjalan kerana anak2 kena present kat dpn kelas apa aktiviti di buat di hujung minggu.' and betapa risaunya anak2nya ketinggalan pelajaran berbanding sepupu lain di msia yg darjah satu dah pun ada guru tuisyen!

No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...