Posted on Thursday, February 04, 2016

Sawang, Internet dan Sabar

Kesiannya blog saya nih. Dah 2 tahun jugak tak berjenguk. Busy dengan macam-macam e.g. kerja, kehidupan berkahwin dan lain-lain. Ini bukan azam utama, tapi hopefully, boleh start menulis semula sesuatu yang bermanfaat. Menulis apa yang saya fikir, alami, pandang, perhati dan lain-lain yang ingin saya komen. 

Salah satu kengkangan utama sebelum ini ialah berpindah ke rumah baru tiada line internet yang okay. Duduk sebelah Bangi, seksyen 5, tapi kalau cerita orang mungkin fikir macam 'mengarutnya..cerita awak nih'..aha tapi itulah realiti. Line internet dan line telefon yang sangatlah problematic. Kejap ada kejap takder. Celcom, Maxis, semua tak okay. Yang okay cikit ialah Digi, tapi itupun kadang2 problem. Dah 2 tahun juga rasanya hidup macam dalam gua. Bila ada benda2 penting seperti email atau kerja yang perlu diselesaikan segera, memang cabaran. Cabaran yang perlu kesabaran tinggi. Mula-mula 'sakit jiwa' dengan keadaan ini. Tapi bila dah 2-3 bulan masih dalam keadaan sama, akhirnya saya fikir, buang karen jer nak sakit jiwa. Kalau asyik nak geram ajer, memang effectnya diri sendiri, jiwa tak tenang, hidup dalam stress dll. Dah itu keadaannya, maka apa boleh buat? Jadi kita sabar ajerlah sementara menunggu waktu ada line unifi atau telekom utk disambungkan. Tu yang jadi bengkek jugak bila tengok berita tv konon kata nak pasang internet sehingga kawasan pendalaman, nak bagi semua orang merasa servis internet yang bagus..haloooo..umah saya nih bukan pendalaman pun tapi line macam apa ntah. 

Alhamdulillah, nampaknya bulan Feb ini menunjukkan sinar baru. UNIFI dah available di sini. So now tengah tengok2 nak ambik pakej apa. Cuma nak kena discuss dgn big boss utk tgk pakej paling okay. 

Kawan2 yg datang menziarah ke rumah semua kata 'boleh kau tahan kat sini line macam ni?' Geram2 pun tahankan jugak. Rumah ku syurgaku. Lagipun saya optimis keadaan ini tak selamanya macam tu. Sooner or later akan ada jugak. Kena SABAR. Tapi ada jugak yang suka macam anak saudara, katanya sapa2 nak kan ketenangan dan kurang gangguan sila datang ke sini. Ahaks!! Tenteram sikit jiwa dari gangguan wassup/telefon dll. 

Pasal line jer pun, tapi sebenarnya banyak pengajaran:
  • Untuk sabar menghadapi perkara kita tak suka. Kadang2 kita ingin selesaikan masalah itu segera, tapi keadaannya tak begitu. So pilihan yang ada? Ialah mengubah cara kita fikir. Sabarkan diri and ingat masalah ini temporary. 
  • Optimistik. Optimistik memberi harapan dan rasa kelegaan. Bila fikir, sooner or later akan ada line, so sejuk cikit hati and sabar tu rasa berbaloi. Lain keadaannya kalau memang kat sini selamanya takder line, buatlah macam mana pun, memang forever and ever tak der line. Kalau gitu, saya angkut rumah ni pindah kat tempat lain :-)
  • Dalam tak bestnyer ada internet, ada jugak yang bestnyer. Dalam buruk ada baiknya. Bila line problem, kuranglah tangan ni asyik nak berkepit dengan handphone jer. Jadi kita ada masa berkualiti dengan orang tersayang. Secara tak sedar, kita kurang jenguk hp kita dan lebihkan pula komunikasi intim antara keluarga/pasangan. Baguskan?


Sabar itu pilihan. Kita boleh pilih untuk bersabar atau pilih untuk memberontak. The choice is yours.


Read More

0 Responses to Sawang, Internet dan Sabar