Posted on Thursday, April 11, 2013

Apakah erti cuti di zaman teknologi?





Zaman dulu2..kalu cuti, betul2 cuti. Cuti betul2 tu maknanya apa??

Takde email datang bertalu2
Takde telefon berdering-dering (zamann dulu berdering, zaman sekarang, macam2 bunyi2an)
Takde sms
Takde wassup
Takde massage FB

Cuti tanpa gangguan.

Amat sukar sekarang ini untuk saya merasakan cuti yang sebenar cuti, unless, semua orang cuti serentak macam cuti raya, then rasa AMAN sekejap dunia. Other than that, jangan mimpi macam duduk kat pulau, berkawan dengan monyet dan unggas sahaja.

Saya cakap ini berdasarkan pengalaman sendiri, NOW, tengah cuti seminggu, TAPI:

Email datang mintak dibalas, bila dibaca kebanyakannya SEGERA
Telefon berdering2, bila diangkat, panggilan pejabat perlukan respon SEGERA
SMS pelajar
Wassup pelajar
Massage pelajar..

Ni pun tadi datang ke ofis kerana perlu menyelesaikan dokumen yang perlu dihantar esoknya. Susah jugak rumah dekat ni. Aish!!

Zaman teknologi ni di sisi yang lain memudahkan kerja, di sisi yang satu lagi, menyusahkan diri pun ya jugak. Dulu orang telefon di rumah, bila tak diangkat, takder orang marah pun, now, people expect you to know whats going on..at all time..bila blur sikit  people would give comments such as these:

'takkan tak baca message?'
'takkan tak angkat phone?'
'takkan tak nengok email?'

Teknologi menyenangkan keje, tapi boleh merosakkan kesejahteraan individu. Orang yang suka connecting with people all the time mungkin melihat ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan, tapi orang yang suka privasi mcm saya ni kekadang tension ooooo..

Nak joging lah..


Read More

One response to Apakah erti cuti di zaman teknologi?

  1. Alice
    April 18, 2013 at 2:07 PM
    most mistake kalau cuti ni, pergi check email, spoil your entire cuti mood ni........