Friday, November 18, 2016

UPSR 2016: Antara Airmata Gembira dan Duka



Rasanya tsunami perasaan sedang melanda dengan hebat ibu bapa dan para pelajar ketika mengambil peperiksaan UPSR masing-masing pagi tadi. Pengharapan yang setinggi gunung Everest telah berkecai dengan bilangan pelajar mendapat straight As mengalami penurunan pada kadar yang mengecutkan. Berikut intipati keputusan UPSR 2016:
_____________________________________________________

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2016 @ 9:49 AM UPSR 2016: 4,896 calon peroleh semua A PUTRAJAYA: Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu menyaksikan seramai 4,896 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 1.11 peratus daripada 452,751 calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu September lalu. Selain itu seramai 8,345 calon atau 1.89 peratus memperoleh keputusan maksimum 1B; 35,752 calon atau 8.11 peratus memperoleh minimum 2B; 91,366 calon atau 20.73 peratus (minimum 1C). Seramai 152,825 calon atau 34.67 peratus (minimum 1D), 137,262 calon atau 31.14 peratus (minimum 1E) manakala 9,519 calon atau 2.16 peratus mendapat semua E. Gred Purata Nasional ialah 2.96.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata pencapaian calon UPSR 2016 dilaporkan berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu tanpa membuat perbandingan dengan pencapaian calon tahun lalu. "Calon peperiksaan UPSR tahun ini adalah kohort pertama yang mengikuti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). "Keputusan tahun ini tidak boleh dibandingkan secara terus dengan tahun lalu kerana sebelum ini keputusan dibuat berdasarkan tiga gred iaitu A,B, C manakala tahun ini empat gred iaitu A, B, C dan D. "Tetapi secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan UPSR tahun ini kerana murid bukan sahaja dapat menjawab soalan aneka pilihan tapi mampu menjawab soalan terbuka yang memerlukan daya fikiran untuk menjawabnya," katanya pada sidang media di sini hari ini. DI WILAYAH PERSEKUTUAN, seramai 308 calon memperoleh A dalam UPSR di negeri ini dengan gred purata negeri 2.77. DI SELANGOR, seramai 1,025 calon memperoleh A dalam semua subjek pada UPSR 2016 di Selangor dengan gred purata negeri (GPN) 2.85. DI KEDAH, UPSR 2016 peringkat Kedah menyaksikan seramai 280 calon memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A. Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan berkata, jumlah pencapaian cemerlang itu adalah 0.88 peratus daripada 31,976 calon yang menduduki peperiksaan itu September lalu. DI PAHANG, seramai 296 daripada 23,351 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh A dalam semua subjek yang diambil. DI NEGERI SEMBILAN, seramai 247 orang atau 1.5 peratus daripada 16,839 calon UPSR di negeri ini, berjaya mendapat keputusan penuh 6A. DI JOHOR, seramai 671 atau 1.25 peratus daripada 54,678 calon yang menduduki UPSR 2016 di negeri ini memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran yang diambil. DI PERAK, seramai 363 daripada 34,713 calon peperiksaan UPSR 2016 di Perak mendapat semua A dalam semua mata pelajaran. DI SABAH, seramai 187 calon UPSR 2016 di Sabah memperoleh keputusan cemerlang semua Gred A dengan gred purata negeri (GPN) 3.29. DI KELANTAN, seramai 320 calon UPSR 2016 mendapat keputusan cemerlang dengan Gred Purata Negeri (GPN) 3.03 peratus. DI MELAKA, seramai 159 atau 1.19 peratus daripada jumlah keseluruhan 13,261 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Melaka memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI SARAWAK, seramai 284 pelajar atau 0.69 peratus daripada keseluruhan 41,380 orang calon memperoleh keputusan A bagi semua subjek diambil dalam UPSR di negeri ini. DI TERENGGANU, seramai 271 atau 1.33 peratus dari keseluruhan 20,341 calon UPSR di Terengganu memperoleh semua A dalam peperiksaan itu. DI PULAU PINANG, seramai 399 calon UPSR 2016 di Pulau Pinang berjaya mencatatkan keputusan semua A dalam mata pelajaran yang diambil.



_______________________________________

Rasanya ramai anak-anak UPSR kali ini yang bermuram durja. Bukan mereka sahaja yang terkejut dan trauma dengan keputusan kali ini, ibu bapa dan cikgu-cikgu sekolah pun ikut terkujat. Rata-rata gambar kali ini lebih banyak menyaksikan drama air mata kesedihan berbanding air mata gembira. 



Hmm, dunia belum berakhir. Saya kira kita kena lihat dari aspek positif. KBAT adalah perkara baru. Kini, pengukuran adalah berbeza, lebih cekap/tepat dalam menilai kebolehan pemikiran pelajar dalam memahami sesuatu isu. KBAT membezakan dua jenis pelajar, yang memahami apa yang dipelajari, dan yang menghafal apa yang dipelajari. Saya kira, jangan kita membandingkan yang hampir 40,000 dulu yang straight As itu, kerana saya pasti kali ini yang 1% itu mungkin jauh lebih berkualiti. Dan, dalam masa yang sama, ia juga menunjukkan sesuatu, A, B, dan C juga adalah hebat.  

Kerana diperingkat universiti juga, saya dapat melihat perbezaan ketara ini. Peralihan sistem persekolahan ke universiti bagi segelintir pelajar cemerlang adalah sukar. Bila tengok transkrip kami pun ngeri bercampur kagum sebab CGPA masing-masing bombastik i tell you, dengan rata-rata CGPA 3.5 ke atas. Bukan susah nak jumpa yang 4 flat pun. Tapi, bila masuk ke peperiksaan peringkat universiti, ada kalangan yang cemerlang ini tidak perform pun, bila tengok CGPA tinggi, buat kami tertanya2, mengapa? Antara jawapan yang pernah saya dapat daripada pelajar-pelajar ini ialah:

"Dr, kami menghafal. Saya boleh hafal buku teks dari kulit depan ke kulit belakang. Kami belajar strategi menjawab soalan, strategi meramal soalan dan sebagainya. Kami muntahkan balik jer. Tapi bila di universiti, pembelajarannya tak sama. Teknik menghafal sudah tidak relevan, pensyarah minta kami fikir kritikal, which is sesuatu yang jarang dibuat. Nak menghafal buku teks?? Pensyarah senaraikan lebih kurang 10 buku teks rujukan utama!!! Nak hafal macam mana?" Then, kualiti A itu, akhirnya dipersoal kembali. 




Jadi, anggaplah apa jua keputusan hari ini sebagai pembakar semangat untuk ujian-ujian mendatang. Perjalanan masih jauh, ada banyak lagi "UJIAN" yang perlu dilepasi. Dapat straight As pun belum menjaminkan kepastian sebuah kejayaan, kerana kehidupan ini adalah aturan Allah yang penuh berhikmah. Ada banyak elemen-elemen lain yang mempengaruhi selain dari peperiksaan semata-mata. Jadi chill saja. 

Ini juga mungkin satu ruang untuk ibu bapa melihat semula potensi anak. Jangan jadikan anak mangsa untuk melunaskan impian anda yang tidak tercapai. Dia punya kemampuan dan keupayaan sendiri, mulakan dari mengenalpasti potensi tersebut. Berlapang dada jika ia bukan dalam ruang lingkup bidang harapan anda sebagai ibu bapa. Kerana Allah lahirkan anak dengan pelbagai kelebihan, ada yang otaknya, ada yang bakat/kemahirannya. Raikan kedua-dua kelebihan itu, jangan dilihat satu sebagai lebih superior dari yang lainnya. Berapa banyak kejayaan tokoh masyarakat masa kini yang terlahir dari bakat/kemahiran dan bukannya akademik?? Jangan meletakkan tuntutan yang tidak realistik ke atas keupayaan anak-anak. 




Respons ibu bapa dan guru juga sedikit sebanyak mempengaruhi perasaan dan emosi anak-anak UPSR hari ini. So, ibu bapa, dan guru-guru, tenang-tenang, berikan kata-kata positif, peluklah anak-anak ini apapun keputusan mereka. Berikan mereka kata-kata semangat. Jika kita sebagai ibu bapa/cikgu pun down giler dan menangis and terlalu kecewa, bayangkan perasaan anak yang memandangnya. Lagilah dia rasa down. Janganlah mematahkan semangat mereka. Ini ujian besar yang pertama, jangan biar mereka berasa trauma dengan pengalaman ini disebabkan oleh penerimaan kita selaku orang dewasa. 



Sukses dan kegagalan itu sesungguhnya lumrah. Bukanlah kehidupan jika tanpa kegagalan dan kejayaan. Ia berlaku seiring. Kedua-duanya bisa sahaja menjadikan kita lebih berjaya, namun bergantung bagaimana interpretasi ke atasnya. So, CHILL!! I WILL SURVIVE!!








No comments:

Kos Hidup 2023 - Kerasnya Hidup Tahun Ini

Sesungguhnya tahun 2023 memang terasa sekali KERASnya kos hidup Keluhan di luar sana adalah real  Saya sendiri merasakannya Walaupun dua-dua...