Posted on Saturday, June 25, 2016

Shopping Raya di KL - Jakel Mall



Shopping raya kali ini berkesempatan membeli belah di Jakel Mall. First time pergi, ikut kawan-kawan. Seronok jugak sebab banyak barang yang best-best and sebab dah lama tak pergi KL, jadi sesekali shopping raya di sana memang seronok. Cadangan awal nak pergi setengah hari, end up pergi separuh hari ;-P 

Bestnyer telekung ni siap dengan kotak cantik, memang sesuai untuk gift kan
Bertolak awal dalam jam 9 pagi and shopping till 4 petang. Cadangan asal sampai tengah hari jer, tapi tengah hari masih lekat kat Jakel Mall lagi. Konon nak singgah pulak ke Sogo, ke laut terus plan kami. Haha. Mula-mula ingat nak pergi meninjau jer - window shopping, akhirnya terbeli jugak. Tapi okaylah sebab dah beli baju dan keperluan raya jadik tak perlu nak shopping lagi baju. Warna baju yang mesti beli ialah hijau emerald, warna tema raya kami tahun ini. 

Telekung ini tutup bahagian dahi dan dagu dengan kemas
Jakel Mall tu ada sikit-sikit macam shopping kain di Bandung. Semua dalam building sama. Okaylah. Saya sempat membeli baju siap - ready to wear dari butik Ariani dan Siti Nurhaliza. First tengok baju kat situ terus berkenan. Tempah-tempah ni saya jarang buat sebab setakat ini saya takde masalah beli baju siap, cantik terletak bersaiz S. Ngeh-ngeh. 




Kami jugak sempat membeli butang baju Melayud and brooch untuk suami terchenta masing-masing. Ada jugak yang membeli brooch untuk mak mertua. Saya pulak kali ini pilih untuk beli telekung siti nurhaliza, untuk mertua dan mak dan diri sendiri. Suka materialnya yang nampak berkualiti, walaupun sulamnya simple jer. Saya punya taste pun tak suka nak beli yg bersulam sakan nih. Less is better. Tiga-tiga telekung saya beli sama color, size jer tak sama. 



Actually banyak gambar tapi tak dapat nak save semua sbb formatnya bukan JPEG. Sebab ala-ala video gitu, pakai live camera iphone, tuler jadiknya. Canggih sangat. Baju sendiri, saya tak upload, haruslah surprise. Tak thrill ler kalau upload siap2 dalam nih. Echeh cheh.

Pilihan untuk suami tercinta




Shopping raya ni best ngan kawan2, sebabnya boleh membeli belah dengan bebasnya tanpa sekatan. Ahaha. And tak risau membiarkan pasangan mati kebosanan di kerusi kedai dengan raya bersalahnya. U got what i mean??

Read More

0 Responses to Shopping Raya di KL - Jakel Mall