Posted on Saturday, April 02, 2016

Aktiviti hari Sabtu

Sesekali, hati teringin nak jalan-jalan cuci mata. Kalau berkenan, beli, kalau tak berkenan, cukup sekadar belek-belek, jeling-jeling, pandang-pandang. Atau, berkenan tapi masuk dalam fail KIV, sebab budget tak cukup, telah membeli barang yang hampir sama, atau sebab kouta badget untuk 'berjimba' telah pun dihabiskan. Aahaha. Kedai buku adalah lawatan cuci mata yang wajib. Masa cuti belajar dulu, rajin betul beli buku. Paling kurang beli buku sebuah buku sebulan. Kalau terlebih rajin, sampai 2-3 buku beli. Now, huhu, susah nak cakap. Kalau beli pun setiap bulan, nak menghabiskan satu buku tu punya payah. Masa yang tak mencukupi, dan kena baca buku lain berkaitan kerja. So, buku bacaan ringan tolak ke tepi. Kalau saya baca sebelum tidur pun, rasanya satu muka surat pun belum boleh jamin habis baca sebab dah zzzz...


Buku motivasi atau buku inspirasi. Ha, dah dapat satu idea, nanti kalau dah cukup inspiration quotes yang kami dah kumpul, boleh buat pocket book macam ni. Interesting. Ambik gambar untuk rekod and contoh, boleh tunjuk kat ajk lain nanti.


Ramai jugak tadi tengok orang masuk kedai buku cari bahan bacaan. Bagusnya sekarang ialah saya nampak banyak bahan bacaan tempatan membanjiri kedai-kedai buku seperti MPH. Tulisan orang tempatan, orang Malaysia, yang budaya dan konteks kehidupannya lebih dekat dan realistik dengan diri kita. Buku tema agama/Islamik memang banyak dan macam-macam topik ada. Sampai kelabu bijik mata tak tahu nak pilih mana satu. Tapi akhirnya keluar tanpa membeli, sebab teringat buku Pahrol Juoi - Semuanya Soal Hati masih belum habis dibaca. Keluar dari kedai dengan azam untuk habiskan buku tu dulu.

Buku paling banyak mendominasi rak-rak buku pastinya novel cinta gitew. Tengok tajuk saya dah pening. Alahai tajuk, ntah apa-apa. Sorry kepada penggemar buku-buku sebegini. No offense, it is just not my preference. Inilah yang menjadi santapan minda generasi muda. Teringat kajian student saya sorang ni yang tengah buat kajian perkaitan antara membaca/menonton cerita-cerita romantik dengan ekspektasi cinta. Results belum ada lagi, baru lepas proposal. Hihi.


Tu dia, macam-macam. Abang bomba pun ada, kahwin koboi pun ada, abang king kontrol, bos i miss you, konspirasi suami, awas kalau dah suka..yada-yada! Adoi sakit jiwa tengok tajuk novel-novel ini. 


Boost kiosk is a must. Tengah hari macam ni cuaca panas and pekena jus detox memang best. Order regular size (paling besar). 




Ada sale kasut!! Tapi, dah tengok-tengok tetiba motivasi membeli tu takde pulak. Offer 50% tu, lepas offer dapat harga RM60+, tapi bila pakai rasa macam tak best pulak. So fikir, ada masa lagi nak survey-survey. Rileks okay...nanti2 ada lagi.


Okay, dah sudah cuci mata, balik. Petang nak masak and siapkan keje!!! Harap diriku tidak ketiduran lena diulit mimpi.


Read More

0 Responses to Aktiviti hari Sabtu