Skip to main content

Kisah cintaku dengan iphone



Engkaulah wanita solehah itu


Straight to the point. 
Dulu tak suka iphone. Lebih suka phone brand lain, seperti samsung, nokia, sony ericson. Sebab tak suka?? Sebab tak happening pun. Rasa macam dull nyer telefon tu. Dulu, rasa iphone ni takderlah glamer sangat kat Malaysia. Orang lebih suka brand lain. Sesetengah orang jer yang pakai iphone. Itu cerita di Malaysia. Tapi lepas tu sambung study kat Aussie. Saya tengok, kat sana kegilaan orang adalah pada iphone. Masih tak teringin pun. Kebanyakan orang kat sana saya lihat pakai iphone. Balik di Malaysia, dua kawan di UK yg ketika itu pun sudah balik ke Malaysia pakai iphone jugak. Kira beli iphone kat sanalah. Pun saya masih tak tertarik hati. Punca alasan masih sama, telefon bosan, nama digelar. Ini bertentangan dengan minat saya pada telefon pintar yang mesti kaya dengan ciri-ciri happening, yang pada saya hanya android jer yang boleh tawarkan:
  • macam-macam apps
  • rekabentuk telefon yang best
  • ciri-ciri yang unik dan unggul, seperti samsung note yg boleh lukis2, boleh rendam dalam air dan sebagainya.
  • ada memory kad tambahan.
Sedang, iphone pulak:
  • mahal harga tak ingat
  • bohsan - sesuai untuk orang serius jer and lebih sesuai utk orang-orang tua yang tak suka banyak sangat apps. yang guna telefon untuk tujuan asas sahaja. 
  • banyak apps kena beli - apa kes?
  • banyak apps kat android yang takder dalam iphone.
  • memori terhad. apa kes memori terhad gitu?? 16G, 64G, 124G. boleh pulak paksa-paksa orang had memori handphone. dah lah kedekut memori, takder sd card pulak tuh. 
  • cerewet bab-bab nak transfer data hp ke peranti lain. 

Suka mencuba,
Dulu sangat suka bertukar-tukar hp. Ada jer yang terkini, mulalah nak fikir tukar. So adalah jugak banyak pengalaman tukar-tukar handphone nih. So dari situ, saya belajar kenal hp and perisiannya. contoh, telefon samsung yg pernah saya pakai, bila dah macam-macam kat dalam, mulalah terasa slow and hang jer. Sampai satu tahap rasa bosan. Try pulak pakai nokia lumia. Suka perisiannya, and antara muka yang cantik and unik dari telefon yang ada, tapi kelemahan ialah badan plastik. dia macam iphone ada perisian sendiri, tapi apps lain agak terhad. Mungkin kurang pengguna jadi tak banyak apps yang dibangunkan secara independent. Saya terkenal dengan rekod senang menjahanamkan telefon. Pakai tak lama, sebab selalu jatuhkan hp. Kalau tak pun, telefon memang mudah rosak. Kadang-kadang rasa tangannya ni ada electric static yg tinggi, yg menyebabkan telefon mudah rosak dibuatnya. 

Asyik bosan telefon asyik problem, akhirnya terbuka hati try iphone pulak. So belilah iphone 5s warna gold. 


Dan baru aku tahu kenapa ramai yang cintakan iphone..
Iphone mungkin tak happening macam android dengan pelbagai apps meletops,  tidak seperti hp brand lain yang ada pelbagai ciri-ciri tambahan telefon yang bombastik seperti ada sd kad tambahan, boleh dibawak menyelam, dengan ciri-ciri apps yang begitu banyak; tapi satu perkara yang pasti ialah iphone memiliki - kestabilan operasi sistem yang sukar untuk dinafikan kehebatan, sukar ditandingi. setakat ini saya boleh kata sistem operasinya sangat lancar dan tidak hang. Dah 2 tahun lebih pakai, telefon itu masih cantik menawan. Memang ada banyak perisiannya yang perlu dibeli, tapi pada masa yang sama banyak apps media sosial popular boleh diperolehi secara percuma dalam apps store iphone seperti whatsapp, facebook, instagram, telegram dll. Selain itu bodynya yang terasa kukuh dan solid itu memberi kepuasan gengaman di tangan. Percaya atau tidak, bulan-bulan pertama pakai telefon, saya terkagum sendiri dengan diri kerana tidak menjatuhkan telefon. Mungkin sebab ia terasa berat dari telefon lain saya pakai seperti nokia lumia. Selain itu, mungkin jugak apabila badannya disaluti bahan aluminum berkualiti tinggi, menjadikan ia sepertinya 'kebal' dari aura tangan electric static ku. Hehe. 

Mungkin juga saya dah tua makanya...

Engkaukah wanita cantik itu?

Dulu mengejar yang terbaru, perisian terkini. Sekarang nada keterujaan saya dah berubah. Hampir setiap bulan ada saja hp baru di pasaran dengan perisian-perisian terkini. Tak larat mak jemah nak kejar!! Ini bukan soal persaingan, siapa dapat pakai yang terbaru. Akan sentiasa yang baru dalam pasaran. Yang terbaru itu jugak bakal jadi lapuk pada masa akan datang. Pada akhirnya, apakah yang kita pentingkan dalam pemilihan sesebuah hp? Tepuk dada tanya selera. Lain orang lain keutamaan. Ada orang suka ciri-ciri komestik sesebuah hp, suka pada apps yang banyak, atau ciri-ciri lain seperti kamera berkuasa tinggi, yang boleh dihubungkan dengan pelbagai peranti elektronik, yang boleh dibawak menyelam. Pengalaman saya pernah pakai note mengajar saya tentang sesuatu. Note satu waktu dulu dianggap hebat sebab banyak fungsi-fungsinya yang best, seperti pen elektroniknya yang boleh digunakan untuk mengekspresikan ciri-ciri kesenian dalam diri. Tapi akhirnya, pen tinggal pen sahaja, memang jarang pakai. So, saya belajar satu perkara di situ, iaitu canggih macam mana pun, ada 1001 fungsi yang tiada pada hp lain, tapi kalau tak digunakan secara maksimum, maka ia satu kerugian. Jadi, pilihlah hp yang memenuhi keperluan kita seadanya. Secara peribadi, saya perlukan hp yang boleh buat panggilan, check email, media sosial, boleh tangkap gambar ad hoc yang okay, sms, check internet. Cukup itu saja. Begitu juga dengan apps yang beribu-ribu. Berapa kerat jer yang saya guna secara maksimum. Akhirnya ia tinggal icons yang bisu dan sunyi diskrin hp. 

Itulah yang membawaku kepada iphone. Saya takperlukan hp yg terlalu canggih dengan pelbagai fungsi tambahan. Yang saya nak hanyalah sebuah telefon yang mempunyai perisian yang stabil dan boleh memberikan pengalaman ketenangan dalam penggunaan. Yang tak bikin saya tarik rambut sendiri bilamana telefon tetiba hang dan kena hempas kat dinding. Yang memberikan pengalaman menyeronokkan dan tidak banyak karenah. Itu ada pada iphone.

Setiap orang ada alasan tersendiri untuk menyukai sesebuah telefon. Ini sekadar pengalaman peribadi saya. Kesukaan saya mungkin bukan kesukaan anda. Justifikasi kesukaan anda dan prioriti yang anda letak pada ciri-ciri hp mungkin saja berbeza dengan kehendak dan justifikasi saya. Kerana itu, kita ada banyak jenis hp, terpulang pada diri untuk memilih. This is a free country. 

Saya yakin, iphone, walaupun antara yang terbaik dalam pasaran, pasti ada kekurangannya. Iphone bukan telefon yang all rounded, yang menang neck to neck dalam semua aspek. Pasti ada hp lain yang mempunyai beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh iphone. Again, ia berbalik kepada apa yang kita hendak pada sesebuah hp. 

Assalamualaikum, nama saya Siti. Siti Iphone!!

Wanita solehah VS wanita cantik
Analogiku ialah iphone dan handphone lain yang pernah ku pakai adalah seperti perbezaan antara wanita solehah dan wanita cantik. Sekali kau memandang dengan mata zahir, pastinya kau akan terpikat dulu dengan yang cantik. Wanita cantik ini yang terlebih dahulu yang kau ingin dekati untuk didampingi. Mungkin, akhirnya wanita cantik ini dapat jadi pasanganmu. Dan hanya bila sudah mengenalinya dengan lebih dekat baru nampak kekurangannya. Cantik memang cantik, tapi hati selalu sakit. Selalu buat hal, bikin hati manyak susah! Akhirnya cantik itu dah jadi tak cantik bila dipandang, sebab dia memberikan satu perasaan yang tidak menyenangkan. And then kau kenal wanita solehah, pada mulanya kau terasa bosannya perempuan ini. Tiada yang menarik sangat tentangnya, kau cuba tahu dia terjaga rapi. Nak dibangga-bangga sangat pun, ala kadar saja. Tak macam yang cantik itu, banyak yg memandang penuh cemburu. Tapi bila dah kenal hati budi, baru tahu bahawa disebalik kesederhanaan itu, terselit keindahan dalaman yang mengkagumkan. Hati rasa senang, tak banyak karenah, keselamatan terjaga sebab pandai jaga maruah. BUkan senang nak dingorat sesuka hati, banyak password dan ciri-ciri keselamatan. Terasa berbaloi memiliki. Hah gitewnya bila pompuan membandingkan telefon ikut perspektif wanita. 

Bidadari syurga..ahaha

Okay, bagi pengguna iphone lain, kita geng! Tapi yang pakai lain selain itu, kita pun geng. Jgn marah pulak dengan cerita saya ini. Again, ini pandangan peribadi saya semata-mata. Ini mungkin benar bagi saya, tapi pada anda sebaliknya. Agree to disagree. Yang penting kita happy dengan pilihan masing-masing. 



Comments

Popular posts from this blog

Tips beli peti ais

Peti ais rumah saya jenama Toshiba, yang paling basic sekali, lupa dah harga masa beli, dalam RM700 kot rasanya. Comel lote jer bentuknya. Beli ni dalam tahun 2010 bila balik dari Melbourne. Saya beli bersama-sama dengan mesin basuh 7 kilo dari jenama yang sama. Now, mesin basuh ku itu telah berpindah tangan ke ofismate yang baru pindah rumah dan kebetulan waktu itu, mesin basuh toshiba 7 kilo tu buat perangai, tak tahu kenapa, tiba-tiba tak boleh spin. Pergi baiki, ingat lamalah nak baiki, jadi fikir punya fikir pergilah beli mesin basuh baru 10 kilo jenama daewoo. Ha jenama ni rasanya dari korea, ni pun toke kedai yang recommend kan, kata baik, body tahan karat and ada warranty 5 tahun. Tapi so far alhamdulillah okay jer berfungsi, besar pun besar. Tapi cuci toto tetap hantar kedai. Ngeh-ngeh. 

Berbalik isu peti ais lama saya. Rasa macam nak tukar peti ais baru sebab barang kat dalam tu dah sendat mendat dengan segala macam barang yang ada. Walhal tubuh ada 2 orang jer di rumah. Ba…

Ada apa dengan Clinique

Semalam bawak students SKPX3013 pergi Education Fair di Midvalley Megamall. Mula-mula ingat nak join diaorang naik komuter tapi sbb nak beli barang dapur di Carrefour maka daku telah pergi ke sana drive sajer. Bertolak dari Bangi jam 9.30 pg sampai dlm 10.16 pg gitu. Ini pada kelajuan 80-90 km sejam yer. Ader students komplen dulu tau saya bawak macam siput, but i dont see it that way, saya pemandu berhemah. Cewah!! 
Bila motong kete lain or perlu cepat ke destinasi jer saya mau nak pecut 100 km sejam. Lain dari tu 80-90 km sejam jer. Eh bebel pasal kelajuan kete pulak. Nak ckp sekarang ni tengah berlangsungnya Education Fair kat Midvalley sampai hari ni. Bukak jam 11 pg - 6 petang. Ha saper2 yang baru lepas SPM/STPM boleh ler bawak parents gi sini and survey IPTS mana nak gi utk further study.  IPTA takder pulak. 

Lepas lunch ngan students maka me and my friends gi lah shopping. Sementelah gi Midvalley ni maka ibarat menyelam minum air belilah sekali barang Clinique. Actually dulu p…

Membeli tilam satu pelaburan berbaloi?

Enty post raya saya nak cakap pasal tilam yang kita setiap malam tidur dengannya. Dulu saya tak kisah sangat apa jenis tilam pun, hampir semua kondisi tidur bertilam saya pernah rasa..misalnya tidur tak bertilam, tidur tilam nipis, tidur tilam kekabu, tidur tilam spring, tidur tilam latex, tidur bertilamkan lengan..ahaks!
Tapi satu faktor yang hampir semua kita bersetuju ialah betapa bestnya tidur di hotel 3-5 bintang yang mempunyai tilam dan bantal yang empuk. Setiap kali tidur hotel, tilam adalah aspek yang memberikan kegembiraan, time tulah rasa bestnyer tidur atas tilam yang empuk, bila landing jer tenggelam jer rasa, and bantalnyer pula seperti memeluk gumpalan awan-awan larat yang begitu lembut dan bila kita letak jer kepala atasnya, fuuuh..nikmat dunia..zzzz..zzzz..krooh! krooohhh!! Ditambah pulak dengan bilik beraircond, huh heaven!!

Sebab tu saya fikir, tilam adalah pelaburan yang berbaloi jika kita mempunyai bajet tambahan. Memiliki tilam berkualiti bukan keperluan asas, na…