Posted on Thursday, March 10, 2016

Pintu gate automatik


Bercakap tentang pintu gate automatik ini, teringat kes 2-3 minggu lepas. Trauma sekejap. Semuanya bermula apabila on the way balik ke rumah, lalu di hadapan rumah jiran-jiran. Maka terpandanglah saya ketika itu seekor kucing tengah 'main-main' di antara pintu gate rumah. Nampak badannya saja, ekornya libas kiri dan ke kanan. Bersangka baik ajerlah waktu itu. Barangkali kucing tu tengah borak-borak mesyuarat tingkap/gate dengan kucing jiran sebelah. TAPI, peliknya kenapa kepalanya di tengah-tengah pintu gate? Itu yang bikin ku musykil sepanjang jalan. Tak sedap hati pula, ntah kenapa. Masa tu dah nak maghrib. Boleh saja terus ke rumah yang tinggal beberapa meter saja. Eh tak boleh jadik nih! Serius saya tak sedap hati. Maka dengan lagak superhero maka patah balik, just to make sure, apa saya fikir bukan seperti apa saya fikir. Faham tak? Saya fikir ialah adakah kucing itu tersepit?

Supercat!!

Dah patah balik ke depan rumah tersebut, kucing itu masih di situ. Saya try hon, tapi kucing tu tak berganjak pun. Bila saya keluar untuk tengok dekat-dekat, masya allah, memang tersepit kepala di antara pintu gate automatik. Seriau yer. Bila dah dekat-dekat baru dengar kucing tu menjerit-jerit carik nyawa. Ya Allah, try nak alihkan pintu tu tak dapat. Panik!! Walaupun itu bukan kucing saya, bukan pintu gate saya, tapi tak sanggup lah nak tengok kucing tersepit. Dah berapa lama? Dah nazak ker? Gituwnyer. Dramatik. 



Kebetulan ada satu mamat ni lalu dengan motor bersama anak-anak dan bininya. Saya tahan tengah jalan and saya cakap, "bang, tolong, saya nampak kucing tersepit dekat gate umah ini. Saya panggil-panggil orang tak dengar, kucing tu nampak dah nazak." Wah abam itu pun tanpa berfikir panjang, terus turun dari motor and tengok kucing tu. Bila dia nampak jer kucing tu, apa lagi, dia pun jerit2 depan rumah tu nak panggil orang dalam rumah keluar. Tapi tak keluar-keluar. Kucing tu dah makin kuat jerit. Bila dah jerit-jerit tu, of course menarik perhatian orang kiri kanan, dah lah time balik kerja ya, mesti ramai orang. Orang mula berkumpul kat depan. Sedang cuba memanggil-manggil orang rumah tu keluar, jiran sebelah rumah keluar. Dia pun terkejut and cuba panggil jiran dia ni. Dalam kecoh-kecoh tu seorang lelaki keluar dari rumah tu and dia and beberapa lelaki cuba nak buka pintu gate tu tuk keluarkan kepala kucing tu yang tersepit. Bila kucing tu terlepas saja dari gate tu, punya dia takut, habis kereta saya dirempuhnya and lari masuk longkang. Fuh lega. Ucap terima kasih kat abam moto tu sebab suara dia menyelamatkan keadaan. Suara saya orang tak dengar, kalau jerit pun, rasanya hero hindustan yang akan datang. Heh. Mungkin Allah gerakkan hati untuk saya patah balik kerana bukan ajalnya lagi kucing itu mati dalam keadaan macam itu. Saya pun lega, telahan saya benar dan kerana saya patah balik saya dapat selamatkan seekor kucing. Kurang-kurangnya legalah perasaan, rasanya kalau saya terus jer balik mesti asyik teringat2 betul ker tak kucing tu tersepit tadi. Boleh kacau jiwa tau. 


Okay itu hanyalah intro..ahaha. Itu hanyalah sebuah cerita kucing dan pintu autogate. Sebenarnya saya tengah mencari design pintu autogate nak pasang kat rumah. Rumah hari tu dah siap ada wayar untuk pintu autogate, rasa macam dah alang-alang pasang ajerlah. Takdelah nak kuar kereta tergedik-gedik buka pintu pagarkan. Kot-kot hujan takdelah lencun gitu. Tengok kiri kanan macam-macam design pintu gate jiran. Nak yang tertutup rapat-rapat bilahnya atau nak yang jarang-jarang? Husband suka jarang-jarang, sebab katanya tak nampak kat depan rumah kalau apa-apa. Hmm, okay boleh pertimbangkan. Guna pintu sedia ada pun boleh juga, hanya tambah motor saja. Tapi kita tengoklah nanti macam mana. Bawah ni just idea, nak kumpul dulu gambar-gambar untuk rekod dan perbincangan dgn big boss. 












Jenis ukir-ukir kerawang tu tidaklah. Rumah pun dah style moden, maka saya kira kena gaya yang simple dan minimalis saja yang lebih sesuai. Kang krisis identiti pulak rumah macam-macam gaya. Yang penting, biarlah pintu pagar rumah tu nanti bukan jenis makan binatang dan friendly dengan manusia ;-)
Read More

0 Responses to Pintu gate automatik