Posted on Monday, March 21, 2016

Hari-Hari Ekuinoks Ku


Jika ikut ramalan, hari ini sepatutnya panas membahang. Memang panas pun tapi alhamdulillah panas tu reda sedikit kerana hujan lebat turun sebelah petang. Hari Ahad, tiada agenda rasmi, hanya temankan bos pergi servis kereta, makan tengah hari, dan membeli barang di Mydin. Sementara tunggu kereta servis, kami makan-makan di Red Card. Dua kali pusingan, makan tengah hari, and minum petang, sebab tunggu servis kereta yang agak lama. Nasib baik ada beli surat khabar, so borak-borak tentang isu semasa. Niat asal nak makan makanan kampung, tertukar jadi makan western sebab Red Card tu paling hampir. Cuaca membahang, adoi tak larat nak cross over sebelah sana nak gi Gulai Kampung (tempat favourite makanan kampung selain kedai Temerloh). Plan asal makan tengah hari lepas tu cari ABC, tertukar jadi western food and creme brulee. Ahaha. Benarlah, kita merancang, Allah menentukan. Elok jer plan dalam kereta, tertukar dalam perjalanan. 

Romantic Coffee Date. Walaupun bukan coffee person, blasah jer. Latte vs Hazelnut.


Cerita panas
Muka depan surat khabar, tentang penangkapan pegawai kanan sebuah kementerian kerana songlap duit kerajaan sehingga RM100 juta! Wah banyak tuh. Mula-mula me + husband speculate ni mesti pompuan sebab tengok barang rampasan SPRM kebanyakannya barang-barang perempuan, designers handbangs, emas berlian, dan jam tangan mahal. Wow!! Secara logiknya, macam mana seorang pegawai kerajaan, yang gaji biasanya takderlah sebesar mana pun, boleh membeli barang-barang mewah seperti itu yang mencecah ratusan bagi setiap item tersebut. Kalau tengok barang itu, kita rasa yang akan membeli barang-barang seperti itu adalah ahli perniagaan bertaraf jutawan saja. Tup-tup rupanya pegawai lelaki. And tertengok link kat fb tentang isu ini yang agak details sebab quotes beberapa komen dari individu yang bekerja dengan suspek. Rupanya lelaki, luaran nampak low profile dan memang orang tak sangka dia macam tu. Maksudnya, dia tak menunjukkan kekayaannya secara terang-terangan. Make sense jugaklah, maybe dia lebih membeli barangan wanita kerana lebih mudah jika isteri yang memakainya berbanding dia, untuk mengelak syak wasangka. Yelah, imagine kalau perempuan yang buat, pergi kerja pakai emas berlian ratusan ribu dengan beg tangan hermes, mahu orang tak suspicious, taraf Kak Mah jer yang pakai gitu. Itulah, bila dalam diri kita lebih mementingkan material, dan kebendaan, mahu kehidupan mewah dan berprestij, kadang-kadang boleh tersasar perjalanan hidup, lupa halal haram, asalkan mendapat apa yang diingini. Tapi, yang didapati dengan cara salah, lambat laut ketahuan jugak. Tu yang cakap dengan husband, tak berbaloi semua tuh. Sempatlah merasa hidup mewah 6 tahun (2010-1016), tapi tak bertahan, akhirnya tertangkap jugak. So, apa makna dan nilainya itu? Tiada. Aish, biarlah hidup sederhana tapi rezeki halal, itu lebih baik dari duit berkepok2 dalam akaun, tapi kita tahu sumbernya haram, mana berkatnya? Semua orang nak kaya. Tapi jika terpaksa memilih kaya dengan duit haram vs ala kadar dengan duit halal, biarlah saya pilih ala kadar. Ala kadar, tapi jika rezeki halal, saya yakin itu lebih berkat, jiwa pun lebih tenang, takder lah hari-hari dok terfikir bilalah polis nak tangkap aku nih??

Boleh meraung bini tengok beg-beg tangan and barang kemas kena angkut huhu



Tapi itulah cabaran hidup dalam masyarakat yang melihat kebendaan, bila status dan kekayaan adalah ukuran nilai tinggi rendah dalam masyarakat, orang akan tertekan untuk comply dengan jangkaan tersebut. Tapi, sebagai orang yang ada akal fikiran rasional, ada agama, saya kira kita kena ada pendirian dalam hal ini. Tidak semua benda kita boleh turuti. Pada akhirnya kita kena berani memutus sesuatu mengikut apa kita percaya, kerana tidak semua jangkaan orang itu sihat dan baik untuk kita. Masyarakat kita tidak dinafikan, memang melihat itu semua, sebab tu orang sanggup untuk buat apa saja demi dapatkan gelaran datuk, menunjukkan kekayaan kerana dari situ dia mendapat penghormatan. Teringat profesor ku di Melbourne dulu, walaupun tahap prof, tengok lifestyle dia sangat humble, datang rumah dia tengok hidup dia sederhana saja. Pedulikan lah orang fikir apa, janji kita selesa, kita bahagia. 


So, gitulah jadinya. Kalau ikut pandangan pakar katanya between 12-3 petang, adalah hari tanpa bayang, sampai husband cakap, ada jer bayang. Agaknya ekuinoks tak menjadi sepenuhnya sebab perubahan cuaca - hujan. Apapun, lebih baiklah hujan daripada ekuinoks tuh. Hujan rahmat and hujan adalah cantik. 

Hujan cantik dan menenangkan

Read More

0 Responses to Hari-Hari Ekuinoks Ku